Menjadi seorang ibu bapa yang baru pasti mengujakan. Perkara baru yang paling sukar untuk menjadi kebiasaan ialah menjaga dan menidurkan bayi terutama di waktu malam, semasa ibu bapa juga memerlukan tidur. Tetapi semua itu boleh diatasi sekiranya anda mencuba petua mudah melenakan si kecil.

videoPlayerId=95d11b866

Ad will display in 09 seconds
 

Lihat bagaimana pasangan Sydney ini menidurkan bayi mereka, Seth yang baru berusia 4 bulan di dalam tempat tidurnya dalam masa kurang seminit dengan menggunakan sehelai kertas tisu yang lembut.

Pasangan ibu bapa di seluruh dunia pasti menggemari teknik hebat ini untuk dicuba. Ia hanya mengambil masa selama 42 saat untuk membuat seorang bayi menjadi lena.

Bapa Seth yang bernama Nathan dengan mudah mengusapkan sehelai kertas tisu yang nipis dan lembut ke atas muka bayi comel ini secara perlahan selama beberapa kali sehingga akhirnya dia tertidur dengan nyenyak.

Rakaman video ini mencapai tontonan lebih 7 juta netizen, dan nampaknya ramai ibu bapa telah berjaya menidurkan bayi mereka yang suka merengek kerana kekurangan tidur dengan cara ini.

Apa lagi cara pelik paling berkesan yang anda pernah cuba untuk menidurkan bayi sehingga mereka akhirnya mendapat tidur yang baik dan berkualiti?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds