Tangannya dan fizikalnya mungkin ternampak lemah dan dirinya telah terlantar selama 32 tahun, tetapi daya imaginasi dan kreativiti mindanya amat tinggi dan mengagumkan. Seorang wanita yang lumpuh bernama Zhang Junli telah memberi inspirasi kepada jutaan rakyat di China selepas menghasilkan beratus hasil lukisan cat minyak yang cantik dengan tangannya yang susut dan lemah.

Selama 32 tahun, Zhang Junli bertarung dengan penyakit ‘rheumatoid arthritis’ dan terlantar di atas katil, tetapi beliau tidak pernah berasa menyesal dengan nasibnya.

Kredit : Imginechina/REX/Shutterstock

Dengan tekanan dan gerakan berus di atas kanvas bersama warna minyak, Zhang Junli yang berusia 40 tahun menggunakan imaginasinya dengan melukis langit, hutan, lautan, pantai dan pelbagai objek yang difikirkannya sambil terbaring di atas katil.

Lukisan ‘Skies and Clouds’ telah dijual dengan harga RM393.00 di dalam halaman WeChat Zhang Junli.

Kredit : Lily’s Easel

Dengan hasil seni yang sudah menjangkaui 300 buah lukisan, Zhang Junli kini diiktiraf sebagai artis berbakat. Hasil kerjanya mendapat pujian di kalangan pencinta seni dan kisahnya memberi inspirasi kepada semua.

Zhang Junli yang berasal dari Shanxi, telah didiagnos dengan penyakit ‘rheumatoid arthritis’ semasa beliau berusia 6 tahun apabila jari dan pergelangan tangannya mula membengkak dan sakit. Apabila usianya mencapai 8 tahun, Zhang Junli telah kehilangan keupayaan untuk menggerakkan 90 peratus fungsi badannya.

Zhang Junli sedang melukis dengan menggunakan warna-warna dari cat minyak.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Antara koleksi hasil seni Zhang Junli daripada 300 buah lukisan yang sudah laris terjual di dalam halaman WeChat.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Kata Zhang Junli, “Pada masa itu saya hanya dapat menggerakkan pinggang, bahu dan leher, dan  anggota badan yang lain langsung tidak boleh digerakkan.”

Selama 32 tahun, Zhang Junli tidak mampu bergerak, menjadi lumpuh dan terlantar, namun tidak pernah berasa berputus asa dalam hidup dan menyesali nasib yang menimpanya. Katanya, “Saya hanya lumpuh, dan saya masih hidup.”

Kisah bakat luar biasa artis ini menjadi inspirasi dan menyentuh jutaan hati rakyat di China.

Kredit : Imaginechina /REX/Shutterstock

Ibu Zhang Junli amat berbangga dengan bakat artistik yang dimiliki anak perempuannya.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Dengan keadaan yang terlantar dan tidak mampu bersekolah, Zhang Junli memulakan tabiat melukis sebagai mengisi masa lapang untuk mengaktifkan mindanya.

Pada tahun 2015, Zhang Junli mula mempelajari teknik melukis dengan cat minyak daripada seorang pelukis profesional dan secara serta merta telah jatuh cinta dengan teknik ini.

Lukisan ‘Heart of the Sea’ telah dijual dengan harga RM1378.00 menerusi kedai dalam talian milik Zhang, ‘Lily’s Easel’.

Kredit : Lily’s Easel

Zhang Junli mengimbas kembali, “Lukisan telah mengubah kehidupan saya. Pada pertama kali saya memegang berus, saya dapat merasakan panggilan itu. Saya berasa bahawa tujuan kewujudan saya dalam kehidupan ini adalah untuk melukis.”

Pada peringkat permulaan, ia bukan satu perjalanan yang mudah. Pergelangan tangannya sudah kaku dan Zhang hanya mampu memegang berus di antara ibu jari bersama jejari yang digenggam, sambil dapat menggerakkan sedikit demi sedikit bahunya untuk menekan warna-warna di atas kanvas.

Pelukis berdedikasi dengan hanya sempat berhenti seketika membasahkan tekak sambil meneruskan kerja untuk diselesaikan.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Tetapi, kini Zhang Junli sudah biasa dan dapat mengawal pergerakan jari, tangan dan bahunya dengan cara yang unik menerusi imaginasi. Daripada hasil lukisan, kita dapat melihat semangat dan dedikasi hasil kerja yang ditunjukkan oleh artis ini dengan sulaman warna-warna menarik pada imej matahari terbenam, buih-buih ombak, awan yang beralun di atas pergununungan dan ekspresi wajah subjek manusia yang dilukis.

Walaupun anggota badan lainnya kaku, Zhang Junli sudah dapat membiasakan diri dengan melukis menggunakan teknik yang unik dan luar bias, menggunakan daya imaginasi.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Semuanya dihasilkan dengan bakat yang istimewa dan ketekunan yang konsisten. Setiap lukisan yang dihasilkan di atas kanvas denga ukuran 75 sentimeter kali 100 sentimeter akan dapat disiapkan dalam masa seminggu hingga 12 hari.

Pelukis berbakat ini mendapat inspirasi subjek lukisan menerusi album rakan-rakannya yang keluar melancong, serta buku-buku fotografi dan foto-foto di media sosial.

Zhang menganggap dunia ini terlalu indah untuk diterokai. Walaupun terlantar, beliau tidak akan berputus asa untuk hidup.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Menurut Zhang Junli, “Walaupun saya terlantar dan saya tidak boleh keluar dari rumah, saya dapat melihat pemandangan alam semulajadi, langit dan lautan. Saya masih boleh mengembara ke seluruh dunia melalui lukisan yang dihasilkan di atas kanvas.”

Lukisan ‘Land of Dreams’ menjadi koleksi peribadi Zhang Junli dan tidak dijual.

Kredit : Lily’s Easel

Zhang Junli hidup seperti mana yang dimahukannya. Semenjak beliau melukis dari katilnya dalam tempoh tiga tahun ini, Zhang telah menghasilkan 300 lukisan cat minyak dan menjualnya menerusi kedai dalam talian miliknya, “Lily’s Easel” di halaman WeChat.

Cara Zhang Junli memegang berus lukisannya.

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Setakat ini, sebanyak 150 buah lukisan Zhang Junli yang ditawarkan di dalam talian telah habis dijual. Katanya, “Saya telah habis menjual lukisan yang ditawarkan pada pagi ini. Saya berasa seakan tidak mempercayainya, dan amat tersentuh dengan sokongan orang ramai yang menyokong kerja saya. Rasanya seperti berada di dalam mimpi!”

Hasil kerja kegemaran Zhang, ‘Front Door of my Home’ yang disiapkan pada bulan April. Rumah bapanya yang diingati ketika Zhang masih kecil.

Kredit : Lily’s Easel

Selain melukis, Zhang Junli juga adalah pengarang kepada empat buah buku dengan tiga buku fiksyen dan satu autobiografi.

Zhang Junli hidup dengan baik bersama fikiran yang sentiasa positif. Katanya, “Saya mahu menggalakkan golongan yang mengalami situasi seperti saya supaya jangan sesekali mengaku kalah dan berputus asa di dalam kehidupan.”

Kredit : Imaginechina/REX/Shutterstock

Wanita tabah ini mengakhiri kata dengan memberi pesanan kepada semua yang masih meratapi nasib malang, “Daripada anda menangis dan berasa bimbang setiap hari, apa kata anda meneroka identiti diri dan berusaha mencari makna kehidupan. Hiduplah pada masa kini dan demi masa depan.”

Lihat video di sini.

Sumber : Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds