Video yang anda tonton ini pastinya akan menggembirakan hati anda sepanjang hari. Tiga ekor anjing yang pintar ini telah melakukan satu helah luar biasa dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak makanan daripada tuannya.

Helah ini benar-benar melucukan dan langsung tidak dijangka oleh tuannya sendiri! Malah, anda juga pasti terkejut melihat kepintaran anjing-anjing ini dalam ‘memperdayakan’ tuannya.

Di awal video, dapat dilihat seorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna merah jambu sedang mencangkung untuk memberikan makanan kepada ketiga-tiga haiwan peliharaannya itu.

Lebih mengagumkan, kesemua anjing ini langsung tidak membuat bunyi bising mahupun merengek-rengek meminta makanan. Sebaliknya, sambil menggigit bekas makanan masing-masing, anjing ini hanya duduk diam di hadapan tuan mereka sambil menunggu makanan dihidangkan.

Setelah melihat anjing-anjing berkenaan berjaya menjaga kelakuan, lelaki ini memberikan pujian lalu mula mengagihkan makanan untuk haiwan kesayangannya. Namun, sebaik sahaja dia mencedok makanan itu, ketiga-tiga anjingnya secara tiba-tiba melarikan diri dari situ.

Beberapa detik kemudian, kesemua anjing ini kembali semula ke tuan mereka. Tetapi mereka tidak kembali dengan tangan yang kosong. Sebaliknya, mereka telah membawa besen yang lebih besar daripada bekas makanan mereka semata-mata untuk mendapatkan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak!

Bijaknya mereka! Sungguh tidak diduga. Mereka tahu bekas yang lebih besar mampu menampung makanan yang lebih banyak dan membuatkan mereka lebih gembira kerana dapat makan sehingga kenyang…

Walaupun tuannya terpinga-pinga dengan tingkah laku anjing-anjingnya itu, dia tidak mampu menolak permintaan secomel ini.

Kredit: Cục Cưng/Facebook

Sumber: GoodTimesCục Cưng/Facebook

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds