Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor telah mengadakan Seminar Memperkasakan Kesedaran Kanser Di Kalangan Wanita bertempat di Dewan Ixora Hospital Permai Johor Bahru pada 31 Julai yang lepas.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Yang DiHormati Datin Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor. Pengamal Falun Gong dari Johor Bahru dijemput untuk menunjukkan latihan dan mengajar latihan pada seminar tersebut.

Kira-kira 170 orang peserta telah menghadiri seminar pada hari tersebut, kebanyakkan ialah doktor, jururawat dan penyelia dari hospital kerajaan dan swasta, serta pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Pendidikan. Sebelum seminar bermula, penganjur mengatur pengamal Falun Gong untuk memperkenalkan latihan Falun Gong dan mendemonstrasikan latihan tersebut kepada peserta seminar.

Menurut pelatih, Falun Gong merupakan latihan yang menambahbaikan seseorang dari segi fizikal dalaman dan juga ketenteraman minda. Pada 1992, Encik Li Hongzhi memperkenalkan Falun Gong di China, dan kini ia telah tersebar luas ke lebih 100 negara dan lokasi di seluruh dunia. Falun Gong mendapat sebanyak tiga ribu lebih anugerah dan surat sokongan daripada pelbagai pihak.

Falun Gong bukan sahaja memperbaiki kesihatan seseorang, malah ia juga meningkatkan tahap moral, yang membuatkannya mendapat sambutan baik. Teras latihan ini ialah prinsip-prinsip ‘Sejati, Baik dan Sabar’ dan terdiri daripada lima latihan dengan pergerakan yang lembut. Pelatih Falun Gong mengajar secara percuma dan sukarela.

Selepas selesai pengenalan tersebut, muzik latihan dimainkan dan lima orang pelatih mendemonstrasikan latihan, para hadirin turut berdiri dan belajar, keadaan di dalam dewan tenang dan damai.


Ramai yang mengatakan bahawa ini adalah kali pertama mereka mengetahui tentang Falun Gong, dan berasa baik selepas melakukannya. Malah, ada yang ingin mengetahui tentang Falun Gong dengan lebih lanjut.

Pelatih Falun Gong, Encik Pun (kiri) bergambar dengan penyelia Regency Specialist Hospital (kanan). 

Puan Rosniza yang merupakan Pengurus Pemasaran Regency Specialist Hospital juga kali pertama tahu tentang Falun Gong berkata latihan Falun Gong adalah sangat bagus, bukan sahaja untuk kesihatan, ia juga bagus untuk menstabilkan minda seseorang.

Beliau juga berkata Regency Specialist Hospital kerap mengadakan aktiviti untuk memperkenalkan kepada orang awam tentang kaedah penjagaan kesihatan. Oleh itu, beliau berminat untuk menjemput pelatih Falun Gong memperkenalkan dan mendemonstrasikan Falun Gong kepada orang awam supaya lebih ramai yang akan mendapat manfaat.

Encik Pun yang bertanggungjawab berhubung dengan pihak pengajur merupakan seorang pengamal perubatan Cina ortopedik, telah berpengalaman melatih Falun Gong selama lapan tahun. Beliau berharap dengan mengadakan aktiviti sebegini, lebih ramai yang dapat mengenal, memahami Falun Dafa (Falun Gong) dan mengamalkan ‘Sejati, Baik dan Sabar’ sebagai prinsip hidup, serta mendapat manfaat dengan mengamalkan Falun Gong.

Setelah seminar selesai, PUSPANITA menjemput pelatih Falun Gong untuk bergambar bersama, dan menyampaikan penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Untuk yang berminat berlatih, boleh mengetahui lebih di sini.

Sumber: Epoch Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds