Seorang bekas kru penerbangan yang pernah berkhidmat sebagai pramugari sekitar tahun 1960-an baru-baru ini telah membongkarkan beberapa perkara yang perlu ditempuhi oleh mereka sewaktu menjalankan tugas pada era dahulu dan perbezaan tugas seorang kru penerbangan pada hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Wendy Barlow dahulunya bekerja di bawah syarikat penerbangan British Airways (BOAC) telah mendedahkan betapa ketatnya peraturan yang dikenakan kepada semua kru penerbangan khususnya wanita.

Kredit: Getty Images

Menurut Wendy, 76 tahun, kelayakan umur bagi seseorang pramugari wanita adalah di antara 21 hingga 27 tahun dan pramugari juga hanya dibenarkan untuk berkhidmat bagi tempoh maksimum 10 tahun sahaja.

Bukan sahaja itu, hanya pramugari yang masih bujang sahaja diterima masuk dalam sesebuah syarikat penerbangan sekali gus menyebabkan segelintir pramugari akan merahsiakan perkahwinan masing-masing.

Kredit: Getty Images

Salah satu aspek yang paling ditekankan untuk menjadi seorang pramugari adalah penampilan yang ‘menarik’ dan ‘sempurna’ selain diminta untuk mempunyai berat badan sehingga 63 kg sahaja dan memiliki senyuman yang menawan.

Dalam sebuah paparan iklan di akhbar New York Times pada tahun 1966, telah dinyatakan beberapa syarat kelayakan untuk orang awam memohon pekerjaan sebagai pramugari. Antaranya adalah:

Kredit: Getty Images

  • Lepasan sekolah tinggi
  • Bujang (janda tiada anak juga diterima)
  • Berusia sekurang-kurangnya 20 tahun
  • Tinggi minima 5’2″ tetapi tidak lebih daripada 5’9″
  • Berat badan antara 47 kg hingga 61 kg bersesuaian dengan ketinggian

Bermula tahun 1970-an, peraturan-peraturan yang ketat ini mula digubal semula bagi memberikan hak yang sama rata kepada semua kru penerbangan tidak kira lelaki mahupun wanita. Persatuan Pramugari untuk Hak Wanita (SFWR) turut berusaha menentang diskriminasi dan seksisme dalam industri berkenaan.

Hari ini, perubahan yang baharu sudah berlaku. Bukan hanya wanita bujang tetapi wanita yang sudah berkahwin juga dibenarkan untuk memohon jawatan sebagai pramugari. Namun begitu, dari aspek ketinggian masih lagi dikekalkan bagi sebab-sebab tertentu.

Kredit: Aviation News

Antara peraturan lain yang tidak lagi diaplikasikan kepada pramugari zaman kini adalah:

  • Pramugari digalakkan memakai solekan yang nipis
  • Pastikan gaya rambut kemas dan tidak menutup muka
  • Tiada lagi penetapan berat badan tertentu

Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah anda terkejut dengan peraturan tahun 1960-an yang dikenakan kepada kru penerbangan wanita?

Sumber: Express

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds