Di China, selama lebih dari 35 tahun, terdapat satu polisi yang hanya membenarkan sebuah keluarga mempunyai seorang anak. Dasar polisi ini memberi kesan yang besar terhadap masyarakat dan sosial, ia memberi masalah kepada keluarga yang mempunyai anak lebih daripada seorang.

Pengalaman membesarkan anak-anak boleh menjadi hal yang menyenangkan atau sukar. Li merupakan seorang suami dan bapa yang mempunyai masalah ketika membesarkan anaknya, Ying.

Pada mulanya, sikap Li menghalangnya daripada mendidik anak perempuannya secara positif dan pada masa yang sama, mencipta kebencian yang akhirnya menyebabkan kekacauan keluarga dan menimbulkan pertengkaran.

Pertikaian 

Kredit gambar hiasan: Google Plus

Setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dalam kehidupan kita. Ibu bapa akan melakukan apa yang mereka mampu untuk membantu anak-anak mereka, tetapi ada yang secara tidak sedar telah menyakiti perasaan anak mereka.

Hubungan Li dengan anak perempuannya adalah sangat tegang. Setiap kali Li dan anak perempuannya berhujah dan bertengkar, ia akan berakhir dengan Li tidak akan menerima apa-apa pendapat anak perempuannya.

Setiap kali pertikaian akan berakhir dengan Li berkata, “Ayah melakukan ini untuk kebaikanmu sendiri. Anda harus patuh! ”

Mencari kedamaian

Kredit: Uplift/Emma Morley

Sebagai seorang pengamal Falun Dafa, Li akan cuba menerapkan dirinya dengan prinsip ‘Sejati, Baik dan Sabar’.

Bersama dengan penanaman unsur positif dalam tubuh badan seseorang, amalan ini menekankan peningkatan watak moral anda. Selepas bermeditasi, dia mula menyedari sesuatu.

Dia mula sedar bahawa sebelum ini dia mengajar anak perempuannya dengan cara memaksa.

Semasa perbualan antara Li dan isterinya, isterinya berkata, “Anda sentiasa berfikir anda betul… anda memaksa orang lain supaya menerima semua pendapat anda-bukan sahaja kepada anak kita tetapi juga kepada saya dan pengamal lain.”

Dipenjarakan secara haram

Kredit gambar hiasan: AlexVan/Pixabay

Namun, selepas itu Li menghadapi masalah lain. Li mengamalkan Falun Dafa, dan Parti Komunis China menganiaya penganut Falun Dafa yang bertentangan dengan ideologi mereka, Li telah ditahan selama dua tahun. Semasa berada asing daripada keluarganya, dia memikirkan isu-isu di rumah.

Dengan bermeditasi, dia menyedari bahawa dia tidak bertindak mengikut prinsip ‘Sejati, Baik dan Sabar’.

Li bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. Selepas dua tahun, Li dilepaskan, selepas menjalani hukumannya.

Tidak lama selepas Li pulang ke rumahnya, anak perempuannya mula mengujinya. Anak perempuannya tidur lewat dan mandi terlalu lama. Dia terpaksa menunggu lama untuk menggunakan bilik air tersebut.

Li mula berasa berang dan marah lalu mahu mengetuk pintu bilik air tersebut, tetapi dia memutuskan untuk bertenang. Selepas Ying keluar dan meminta maaf atas tindakannya itu, belas kasihannya muncul.

“Saya dengan tenang memberi nasihat kepadanya untuk menghindari masalah pada masa akan datang,” kata Li.

Merapatkan hubungan

Kredit gambar hiasan: The Epoch Times/Lukas/Pexels

November lalu, Li menerima panggilan daripada anak perempuannya di kolej. Ying ditangkap berbohong kepada kaunselornya sebab dia tidak tinggal di sekolah. Kesedihan Ying bertambah apabila ibunya juga ditangkap kerana menyebarkan kepada orang ramai mengenai amalan Falun Dafa.

Nasib baik, ada cara untuk mendapatkan izin supaya dia dapat meneruskan pengajian, tetapi memerlukan bapanya untuk membuat rayuan. Namun, Ying takut untuk meminta bantuan bapanya kerana sikap bapanya yang sensitif dan panas baran.

Li dapat membaca permintaan anaknya itu dan berkata, “Bapa tidak memahami kamu sebelum ini dan suka memarahi orang, dan telah memberi kesan buruk kepada anda… Sama seperti kamu, saya semakin baik sekarang dan menjadi lebih matang.”

Ying berasa lega dan gembira selepas mendengar kata-kata bapanya itu.

Cinta dan penghargaan

Kredit: Christian Wiediger/Unsplash

“Pada satu malam, anak perempuan saya menghantar mesej kepada saya.”

Sebagai tindak balas kepada hati ayahnya yang penuh belas kasihan, dia memutuskan untuk menghantar mesej kepadanya untuk menunjukkan penghargaannya.

“Ayah, hari ini adalah Hari Kesyukuran. Saya sangat berterima kasih. Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaan ini. Anda telah bekerja keras dalam tempoh masa ini. Terima kasih atas apa yang telah anda lakukan untuk saya, ibu, dan semua orang. Saya faham segala-galanya. Anda benar-benar bekerja keras. Saya sayang ayah.”

Dia juga menambah emoji hati dalam teks mesej itu. Tidak ada perasaan yang lebih baik daripada mendapatkan teks penghargaan daripada anak perempuan anda dengan emoji hati.

Li sejak itu terus memupuk dirinya dengan amalan Falun Dafa dan melakukan yang terbaik untuk menerapkan prinsip ‘Sejati, Baik dan Sabar’ dalam dirinya.

Dia mengingati hari-hari ketika anak perempuannya berkata, “Walaupun anda betul, saya tidak akan mendengar anda!”. Sikap Li dahulu telah menimbulkan banyak ketegangan terhadap hubungan mereka.

Akhirnya, hubungan mereka semakin baik dan menjadi semakin rapat.

Sumber: The Epoch Times

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds