Ibu bapa pasti teruja apabila melihat bayi mereka sudah mencecah usia 6 bulan, menandakan mereka sudah boleh makan makanan lembut. Selain, makanan bayi seperti bijirin gandum dan beras serta bubur nasi lembut yang dicampur sayuran, bayi juga boleh diberi makan biskut bayi.

Bagi ibu-ibu yang mahu berjimat dan teringin membuat biskut bayi sendiri, apa kata anda mencuba resipi biskut bayi sumbangan Puan Nurul Wahida RosliResipi biskut bayi cair di mulut yang amat mudah, cepat dan berkhasiat lagi menyihatkan.

Bahan-bahan

1. Satu buku mentega rendah lemak tanpa garam (saranan jenama Anchor)

2. 3 cawan tepung gandum ‘unbleached’ (saranan jenama Faiza)

3. 2 hingga 3 sudu besar tepung jagung

4. Pilihan ‘puree’ kurma / pisang/ lobak merah/ kismis yang dikisar (sukatan dalam 56 gram)

Cara-cara

1. Pukul mentega tanpa garam sehingga kembang bersama ‘puree’.

2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adun campuran ini sehingga tidak melekat di tapak tangan.

Jika masih melekat, tambah sedikit demi sedikit tepung gandum dan tepung jagung sehingga adunan tidak lagi melekat.

3. Bentuk adunan mengikut kesukaan. Anda boleh menggunakan pencetak biskut jika mahu, atau membentuk menggunakan tangan lebih cepat.

4. Bakar biskut pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit sehingga ia masak.

Apabila biskut sudah siap dibakar dan disejukkan, anda boleh menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Bayi anda boleh memakannya pada bila-bila masa. Boleh dimakan bersama susu atau dibuat bubur. Amat berbaloi dibuat sendiri di rumah dan menjimatkan belanja. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook/ Puan Nurul Wahida Rosli / Sirap Limau

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds