KUALA LUMPUR – Beberapa insiden melibatkan fenomena hujan ais telah dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Bukit Jalil dan Taman Bukit Serdang. Hal ini sekali gus membuatkan orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan turut memuat naik video di media sosial.

Kredit: Norlela Abdul Rahman / Facebook

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 10,000 kali dan meraih lebih 1,000 perkongsian.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan nama Pak Toyyib, hujan lebat yang turun di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil itu telah menurunkan beberapa ketulan ais kecil.

“Subhanallah, hujan yang amat lebat di sekitar Taman Bukit Serdang dan Bukit Jalil sebentar tadi menurunkan ketul-ketul ais dari langit. Biarpun tidak lama tapi mengujakan. Waktu maghrib malam tadi pula berlaku bunyi guruh yang kuat seakan satu letupan memeranjatkan jemaah di surau,” ujar pengguna Facebook tersebut.

Kredit: Joe Taufiq / Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim telah mengeluarkan amaran akan berlakunya ribut petir dari semasa ke semasa.

Justeru, cuaca tidak menentu yang sedang melanda Malaysia kini seperti hujan lebat, guruh yang kuat, awan gelap dan ribut petir dijangka akan terus berlaku untuk masa beberapa hari lagi.

Kredit: Na Niey / Facebook

Selain Pak Toyyib, seorang lagi netizen dikenali sebagai Siti Nur Umaira turut mengongsikan pengalaman menyaksikan hujan ais yang berlaku di luar rumahnya yang terletak di Bukit Serdang.

“Sebelum ini hanya tengok tempat orang sahaja mengalami hujan ais. Sekarang, hujan ais terjadi di Bukit Serdang pula.”

Kredit: Siti Nur Umira / Facebook

Video yang dengan jelasnya menunjukkan ketulan-ketulan ais turun dari langit telah dimuat naik ke Facebook pada petang 1 Ogos itu sehingga kini mendapat 357 perkongsian!

Kredit: Norlela Abdul Rahman / Facebook
Sumber: Utusan OnlineSiti Nur Umira / FacebookNa Niey / FacebookNorlela Abdul Rahman / FacebookJoe Taufiq / Facebook

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds