Gene Hubbard yang berasal dari Milwaukee, Wisconsin merupakan seorang yang cacat penglihatan. Disebabkan itu, dia sering melalui jalan yang sama setiap hari selama 20 tahun untuk pergi ke tempat kerjanya.

Setiap hari, Gene yang berusia 69 tahun akan menaiki bas yang sama untuk perjalanan pergi dan balik. Lama-kelamaan, Gene mulai mengingati laluannya itu walaupun dia tidak pernah melihat secara jelas.

Kredit: Milwaukee County Transit System/Facebook

“Jika saya tidak tahu lokasi permulaan yang biasa, saya mungkin akan tersesat hingga ke tengah laut,” kata Gene.

Sementara itu, Thaddaus Turner pula merupakan pemandu bas. Turner yang berusia 28 tahun sangat mengagumi Gene kerana kemampuan beliau untuk bergerak ke mana-mana tanpa bantuan daripada sesiapa. Sehinggalah pada suatu hari, Turner mendapati dia perlu menurunkan Gene di perhentian bas yang berdekatan dengan satu kawasan pembinaan. Dengan serta-merta, Turner merasa simpati kerana keadaan ini pastinya akan menyukarkan Gene untuk melalui jalan raya yang sesak dan penuh halangan itu.

Kredit: Milwaukee County Transit System/Facebook

Justeru, walaupun waktu kerja Turner sudah tamat pada ketika itu dan dia tidak perlu mengambil mana-mana penumpang lagi, Turner memutuskan untuk menghantar Gene ke tempat kerjanya dengan selamat dan tepat pada masanya.

Kredit: Milwaukee County Transit System/Facebook

Menerusi rakaman kamera keselamatan di dalam bas, dapat disaksikan bagaimana Turner mematikan enjin bas lalu merangkul lengan Gene dan membawanya menyeberangi jalan raya yang sibuk itu dengan selamat.

Pada ketika itu, seorang pemandu wanita bernama Sydney Kasmierczak telah melihat peristiwa yang menyentuh hati itu lalu memberhentikan kenderaannya untuk membiarkan kedua-dua Turner dan Gene melintasi jalan. Sydney kemudian telah mengambil gambar mereka dan memuat naik di Facebook.

Kredit: Milwaukee County Transit System/FacebookFacebook

“Saya berasa seperti ditakdirkan untuk berada di sana dan merakamkan detik ini!!. Saya sangat gembira kerana sempat mengambil gambar itu! Thaddaus layak mendapat pujian!!” kata Sydney.

Kredit: FOX6 News Milwaukee

Kisah ini menjadi tular dengan segera sehingga akhirnya sampai ke pengetahuan majikan Turner di Milwaukee County Transit System yang amat menyanjung tinggi tindakan pemandu bas itu.

“Thaddaus Turner tidak berfikir dua kali sebelum membantu seorang penumpang yang buta untuk melintas jalan. Bagi mereka yang menyaksikan kejadian ini, ia adalah satu tindakan yang murni.”

Kredit: Milwaukee County Transit System/Facebook

Satu contoh yang wajar diikuti lebih ramai manusia di dunia ini. Kita haruslah sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kongsikan kisah ini dan sebarkan inspirasi kepada semua kenalan Facebook anda!

Kredit: Milwaukee County Transit System/Facebook

Sumber: Inspire MoreMilwaukee County Transit System/FacebookFOX6 News Milwaukee

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds