Waktu cuaca panas memang seronok kalau dapat makan aiskrim atau meneguk air cincau ais. Apabila air sejuk itu lalu ditekak, nikmatnya sungguh tidak terkata, rasa amat nyaman!

videoPlayerId=ee5fea226

Ad will display in 09 seconds

Ada orang gemar menyediakan sendiri pencuci mulut di rumah. Kadang-kadang dengan menggunakan bahan atau perkakas sedia ada di rumah, hidangan pencuci mulut yang hebat dan lazat dapat disediakan. Contohnya dalam video ini.

Dengan hanya menggunakan bekas ais kiub, pelbagai pencuci mulut dapat dihasilkan seperti yang dijual di luar. Apa yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk menyediakan makanan tersebut. Mari lihat.

Pencuci mulut ini nampak menyelerakan bukan? Antaranya ialah Brownie Sundae, Strawberry Cheesecake dan Campire S’mores.

Rupanya teknik untuk membuat bekas coklat itu tidaklah begitu sukar. Mula-mula, bekukan air yang telah diletakkan chopstics, kemudian celupkan dalam coklat yang sudah dicairkan. Selepas itu, letakkan pelbagai isi yang anda suka.

Selain itu, anda juga boleh mencairkan coklat yang ditambah dengan minyak kelapa dan letakkan ke dalam bekas ais kiub. Letakkan nipis sahaja sebagai bekas coklat sebelum anda meletakkan pelbagai isi yang menarik seperti marshmallow, jem strawberi, kekcang dan pelbagai lagi.

Anda juga boleh menggunakan belon untuk membuat bekas coklat berbentuk bulat. Kemudian letakkan brownie yang telah dipotong dengan bentuk yang sesuai. Untuk menambahkan lagi keenakannya, letakkan aiskrim vanila.

Mudah bukan cara untuk menyediakan pencuci mulut ini? Selamat mencuba!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds