Baru-baru ini satu video menjadi tular di internet yang berkaitan dengan skuter elektrik. Video menunjukkan bagaimana skuter elektrik meletup semasa sedang dicas dalam rumah. Dalam video itu, seorang bapa dan anak perempuannya dilihat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum skuter elektrik tiba-tiba meletup di ruang tamu mereka.

Video bermula dengan menunjukkan seorang bapa dan anak perempuannya sedang berehat di ruang tamu rumah mereka. Tiba-tiba, skuter elektrik yang sedang dicas berhampiran dengan mereka berasap.

Bapa berkenaan kemudian bertindak segera mematikan suis tetapi sudah terlambat

Apabila melihat skuter tersebut berasap, bapa berkenaan segera mengambil anak perempuannya dan melarikan diri keluar dari rumah mereka. Hanya beberapa saat kemudian, skuter tersebut meletup dan bahagian ruang tamu rumahnya terbakar. Kejadian itu berlaku pada hari Ahad jam 5.30 petang yang lalu, tetapi lokasi kejadian tidak diketahui.

Banyak kes serupa yang melibatkan skuter elektrik telah dilaporkan baru-baru ini. Kejadian yang sama turut berlaku di Singapura, menyebabkan dua cedera selepas bateri meletup di kedai skuter elektrik, FalconPEV di Delta House. Siasatan melaporkan bahawa api bermula semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan di kedai.

(Skuter elektrik yang meletup di Delta House. Kredit: Facebook / SCDF)

Tonton detik yang mencemaskan ketika bapa dan anak perempuannya menyelamatkan diri sebelum skuter elektrik meletup dalam video di bawah:

Kredit: I Love Sharing/Facebook

Sumber: Good TimesI Love Sharing/FacebookSCDF/Facebook

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds