Jika anda sedang merancang untuk menukar kerjaya pada ketika ini, kerjaya sebagai ninja mungkin adalah antara alternatif yang berharga buat anda!

Jepun, negara matahari terbit yang terkenal dengan makanan sushi, kartun animasi dan barang-barang pelik tetapi berguna kini sedang mencari pekerja baharu sebagai ninja. Kerjaya sebagai ninja? Wujudkah kerjaya seperti itu?

Mungkin ia kedengaran sedikit aneh bagi anda yang tidak tahu sejarah mengenai ninja, namun itulah kenyataannya. Malah mereka terdesak untuk mencari pekerja baharu kerana mereka berdepan dengan krisis kekurangan ninja terutama di Iga, sebuah bandar kecil dengan kepadatan penduduk hanya 100 ribu orang yang terletak di Mie Prefecture Jepun.

Bandar kecil ini dilaporkan adalah tempat lahirnya ninja dan sebenarnya pada setiap tahun, mereka menganjurkan pesta ninja untuk meraikan warisan ini.

Selalunya lebih kurang 30 ribu pelancong akan datang ke Iga untuk merasai sendiri pengalaman pesta tahunan ninja tetapi penghijrahan penduduk tempatan ke kawasan lain telah menjadi satu kebimbangan buat bandar tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh Business Insider, semakin ramai orang muda berhijrah ke luar bandar dan sehingga tahun lepas (2017), Iga kehilangan 1000 orang secara keseluruhannya dan Mie hanya menerima 43 orang penduduk baharu.

Untuk membendung masalah ini, datuk bandar Iga, Sakae Okamoto mahu mengembalikan semula ekonomi tempatan dengan fokus kepada mempromosikan bandar warisan ninja untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, mereka juga turut membina muzium ninja kedua dengan menggunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat dengan harapan pelancong akan tinggal lebih lama di sana.

Kata Encik Okamoto, mereka sedang berkerja keras untuk mempromosikan pelancongan ninja dan mendapatkan pulangan yang lumayan. Contohnya, mereka menangguhkan pesta ninja dari hujung bulan April sehinga pada awal bulan Mei.

Semasa tempoh ini, pelancong dan rakyat tempatan akan datang ke sini. Setiap orang akan berpakaian seperti ninja, berjalan di kawasan persekitaran dan menghiburkan diri sendiri namun sejak kebelakangan ini Encik Okamoto merasakan semua itu semakin berkurangan.

Walau bagaimanapun, mereka berdepan dengan masalah untuk menganjurkan pesta ninja kerana mereka tidak mempunyai ninja yang cukup untuk digajikan. Sebenarnya, mereka bukanlah ninja betul tetapi lebih kepada penghibur ninja.

Disebabkan kadar pengangguran di Iga sangat berkurangan, maka mereka sukar mencari penghibur ninja terutama yang mempunyai susuk tubuh yang ideal.

Apa yang menariknya mengenai kerjaya sebagai ninja ialah pendapatan yang sangat lumayan! Pada hari ini, ninja mampu memperoleh pendapatan antara RM93 ribu hingga RM344 ribu.

Pendapatan ini terlalu besar dan sangat kukuh malah ia dikatakan lebih banyak jika dibandingkan dengan pendapatan ninja semasa zaman pertengahan Jepun dahulu. Jika dicongakkan lebih kurang hampir RM30 ribu sebulan, WOW!

Jika dibandingkan, ninja sebenar mampu menjana pendapatan antara RM32 ribu hingga RM69 ribu setahun selepas pendapatan tersebut diselaraskan untuk inflasi berdasarkan maklumat daripada Pusat Penyelidikan Ninja Antarabangsa.

Bagaimana? Tertarik dengan tawaran ini? Mungkin ada yang mahu mencuba nasib? Selamat Maju Jaya!

Sumber: World of Buzz, Business Insider, TokayWasHere/Youtube

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds