Lukisan potret adalah salah satu lukisan yang bertujuan untuk menggambarkan subjek lukisan secara visual. Istilah ini biasanya diterapkan pada penggambaran subjek lukisan berupa manusia. Namun, adakah anda pernah melihat pelukis yang melukiskan potretnya sendiri?

videoPlayerId=f6e406571

Ad will display in 09 seconds

Melukiskan potret sendiri telah wujud daripada zaman dahulu lagi. Pada pertengahan abad ke-15 mereka mula menggambarkan diri mereka sebagai tema utama atau sebagai watak-watak penting dalam kerja mereka.

Caranya adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan, hanya dengan menggunakan cermin. Ewan McClure, seorang artis profesional yang tinggal di Edinburgh, Scotland, juga tertarik untuk mencuba teknik cermin, dan hasilnya sangat menarik.

Apabila Ewan merasakan bahawa lukisan yang diciptakan olehnya selama ini adalah biasa dan tidak unik.

Untuk mencabar dirinya sendiri, maka dia mahu mencuba teknik melukis yang berbeza.

Ewan meletakkan kamera di belakang cermin dwiarah dan merakam keseluruhan proses, Ewan berkata: “Kira-kira 3 jam percubaan untuk mendapat hasil yang memuaskan”.

Kredit: Ewan McClure

Tonton bagaimana Ewan melukiskan potretnya sendiri dengan menggunakan teknik cermin dalam video yang telah disertakan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds