Banner adalah seekor anjing yang sangat baik dan penyayang. Ia bukan sahaja sayang akan tuannya, Whitney Braley yang kelainan upaya malah Banner juga telah membantu menyelamatkan haiwan lain yang dalam kesusahan.

Husky yang berusia 3 tahun itu telah dilatih untuk membantu tuannya melakukan beberapa pekara serta mengikuti arahan yang diberikan. Selain itu, Banner juga banyak menyelamatkan haiwan lain seperti anak kucing yang dibuang.

Contohnya, dua tahun lalu mereka telah menemui beberapa anak kucing yang dibuang berhampiran dengan sebuah parit dan menyelamatkan mereka. Sejak itu Banner yang telah menjaga dan membesarkan mereka.

Baru-baru ini Banner sekali lagi menyelamatkan sekumpulan anak kucing yang diletakkan di dalam sebuah kotak kadbod yang ditutup rapat. Ketujuh-tujuh ekor anak kucing itu ditemui dalam keadaan lemah, beku dan hampir mati. Mujur Banner telah membawa Whitney ke dalam hutan untuk menyelamatkan anak-anak kucing itu.

Sejak itu, Banner telah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang seperti sebuah keluarga. Banner malah menganggap anak-anak kucing itu seperti anaknya sendiri. Sungguh ia memang seekor ibu yang sangat penyayang!

Inilah Banner, seekor anjing Husky berusia 3 tahun yang sangat penyayang.

Kredit: bannerthesuperdog

Anjing ini telah menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di dalam hutan kepada tuannya baru-baru ini

Kredit: bannerthesuperdog

Banner membawa tuannya, Whitney ke tempat ia menemui sebuah kotak kadbod yang tertutup rapat.

Kredit: bannerthesuperdog

Di dalamnya adalah sesuatu yang menyayat hati iaitu tujuh ekor anak kucing yang ditinggalkan dalam keadaan yang saangat menyedihkan.

Kredit: Caters News

“Pasti ada seseorang yang memasukkannya ke dalam kotak dan menutupnya dengan rapat dan membiarkan mereka sehingga mati.”

Kredit: Caters News

“Anak-anak kucing ini mungkin berfikir bahawa tidak ada yang akan menemui mereka. Mujur ada Banner yang menemui mereka.”

Kredit: Caters News

“Adalah sesuatu yang kejam apabila ada yang melakukan sesuatu yang tidak baik kepada haiwan sekecil ini.”

Kredit: Caters News

Sejak saat itu, Banner tidak pernah meninggalkan anak-anak kucing yang ditemui dan telah menganggap mereka seperti anaknya sendiri. 

Kredit: Caters News

“Dia sangat bersifat keibuan.”

Kredit: Caters News

“Sekarang kucing-kucing ini telah menemui sebuah keluarga yang akan menyayangi mereka buat selamanya.”

Kredit: Caters News

“Saya sangat gembira sekarang kerana Banner dan anak-anak kucing ini menjalani kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.”

Kredit: Caters News

Orang ramai juga suka cerita mengenai anjing penyayang ini.

Sumber: boredpanda, MSN News

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds