Sebut sahaja hutang pasti sudah membuatkan anda pening kepala bukan? Tambahan pula dengan pendapatan yang ‘cukup-cukup makan’, pelbagai cara digunakan untuk menyelesaikan hutang seperti mencari pendapatan sampingan.

Namun, tahukah anda terdapat kaedah tertentu sebenarnya untuk melangsaikan segala hutang piutang?

Bagi anda yang tidak tahu atau tidak pernah dengar sebelum ini, kaedah pengiraan hutang melalui teknik ‘snowball’ adalah strategi untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat dan sistematik. Ia telah diperkenalkan oleh Dave Ramsey, seorang pakar pengurusan kewangan peribadi dari Amerika Syarikat.

Teknik ‘snowball’ ini dilihat lebih efektif kerana secara psikologinya, ia memberikan keyakinan untuk kita menyelesaikan hutang.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil supaya anda bebas hutang?

1. Senaraikan semua hutang

Senaraikan semua kategori hutang mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman, tempoh bayaran dan kadar faedah. Hutang ini perlu disusun bermula dari sedikit hingga yang paling banyak dan nyatakan juga hutang rasmi dan tidak rasmi anda. Contohnya seperti di bawah:

2. Langsaikan hutang yang sedikit terlebih dahulu

Merujuk pada hutang di atas, komitmen anda terhadap hutang adalah sebanyak RM 2,580.00. Bermula pada bulan seterusnya, peruntukkan lebih sedikit duit anda mungkin sebanyak RM 2,680.00. Anda perlu membayar semua hutang anda dengan jumlah minimum dan bayar lebih untuk hutang A, bermakna anda bayar RM 300 pada hutang kad kredit A.

Dengan cara ini, dalam masa kurang 12 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda. Setelah langsai hutang A, gunakan RM 300 itu untuk ditambah kepada pembayaran hutang kad kredit B. Ini menjadikan pembayaran ansuran hutang B meningkat kepada RM 600. Gunakan teknik ini bagi hutang C pula dan seterusnya hutang D,E dan H.

3. Bayaran ansuran hutang melebihi 20% pendapatan bulanan

Jika jumlah ansuran hutang bulanan (tidak termasuk ansuran bayaran rumah) melebihi 20% daripada pendapatan bulanan, lakukan tindakan pembaikan dengan segera. Jangan menangguhkan bayaran balik hutang yang ada. Ini akan menambahkan lagi bebanan hutang kerana baki hutang akan meningkat disebabkan kadar bunga atau kos hutang bagi setiap pinjaman.

4. Kenalpasti kos hutang, ansuran dan tempoh bayaran balik.

Catatkan kos setiap hutang atau kadar pinjaman anda dengan terperinci. Kos hutang boleh didapati dari surat tawaran bank atau dokumen daripada pihak syarikat guaman yang mengendalikan pembiayaan tersebut.

Jumlah ansuran pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu pinjaman pokok dan bayaran faedah. Contohnya, ansuran bulanan rumah anda RM 1,100 kemungkinan RM 400 digunakan untuk bayaran pokok, RM 700 digunakan oleh pihak bank untuk membayar faedah bagi pinjaman tersebut. Anda digalakkan untuk mendapatkan penjelasan tentang pengagihan ansuran ini daripada pihak bank pembiaya.

Kenal pasti tempoh hutang anda. Biasanya, lebih lama tempoh anda berhutang, lebih banyak kos yang akan dikenakan. Rancanglah keperluan kewangan dengan teliti, pertimbangkan antara ansuran bulanan yang mampu anda bayar dengan tempoh pinjaman yang paling pendek.

Tonton video di bawah:

Sumber: KonsumerKini, EveryDollar/Facebook, Siakap Keli

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds