Pengekalan air atau lebih dikenali sebagai edema berlaku apabila tubuh badan mengandungi cecair yang berlebihan. Kesannya ialah berlakunya pembengkakan pada tangan, kaki, pergelangan kaki dan pergelangan buku lali.

Kebiasaannya wanita mengalami pembengkakan semasa mengandung atau uzur bulanan. Banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku namun ia tidak serius.

Berikut adalah makanan dan minuman yang mampu menyingkirkan air berlebihan daripada badan.

1. Timun

Kredit: © Yabibo / facebook   © Smoothie Queen / facebook

Timun kaya dengan kandungan air yang mampu menyingkirkan asid urik daripada buah pinggang. Timun juga mengandungi asid kafein yang membantu menyingkirkan pengekalan air. Disebabkan timun adalah sayuran rendah kalori, ia adalah snek yang bagus bagi sesiapa yang berusaha untuk menurunkan berat badan.

2. Kranberi

Kredit: © U.S. Department of Agriculture / facebook   © GoodCare Clinics / facebook

Kranberi adalah buah yang kaya dengan antioksidan dan Vitamin C. Ia membantu menyingkirkan semua lebihan air daripada badan. Buah ini juga melindungi sel badan daripada rosak yang disebabkan oleh toksin yang terhasil semasa proses metabolisme badan.

3. Tembikai

Kredit: © Cookist / facebook   © Bali Food Safari / facebook

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan didatangi dengan pelbagai mineral dan vitamin yang memudahkan proses pengaliran air kencing.

4. Saderi

Kredit: © Shaila Rima / facebook   © Vibe Bottle / facebook

Selain melancarkan proses pencernaan dan mengelakkan daripada berlakunya tekanan darah tinggi, saderi sangat membantu dalam proses penyingkiran air berlebihan melalui air kencing.

5. Halia

Kredit: © Frank C. Müller / wikipedia   © Depositphotos.com

Halia boleh dianggap sebagai makanan yang dapat melancarkan pengaliran air kencing dengan lebih berkesan. Ia membantu proses pencernaan dan menyingkirkan segala toksin berbahaya daripada badan.

6. Lobak merah

Kredit: © Texas Eco Farms / facebook   © culinaire.co / facebook

Lobak merah kaya dengan antioksidan dan vitamin yang memudahkan proses penyahtoksikan daripada badan. Lobak merah juga membantu dalam mengekalkan paras gula dan kolestrol dalam badan.

7. Kulit kayu manis

Kredit: © The Gemini Kitchen / facebook   © Depositphotos.com

Antara khasiat kulit kayu manis ialah mengawal selera. Ia juga membantu meningkat keimunan badan dan sebagai bahan penyahtoksikan yang bagus untuk badan.

8. Asparagus

Kredit: © Elya (talk) / wikipedia   © Depositphotos.com

Asparagus mengandungi kalium yang tinggi dan menghalang pengekalan air yang tidak diperlukan.

9. Teh hijau

Kredit: © comer_y_felicidad / instagram

Teh hijau adalah bahan semula jadi yang terbaik untuk pengaliran air kencing. Kajian menunjukkan dengan minum air teh hijau secara berkala mampu menurunkan lemak dalam badan sehingga 19 peratus.

10. Dandelion

Kredit: © Depositphotos.com   © Depositphotos.com

Dandelion ialah sejenis bunga yang digunakan secara tradisi sebagai pelancar air kencing semula jadi. Di Eropah, ekstrak dandelion digunakan untuk merawat banyak masalah perubatan dan telah disahkan oleh German Commission E untuk mengurangkan pengekalan air dalam badan.

Semoga dengan perkongsian ilmu kesihatan ini akan memberikan anda gambaran minuman atau makanan apakah yang perlu anda ambil dan kurangkan supaya tahap kesihatan anda tidak terjejas.

Sumber: Brightside 

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds