PALO ALTO, California: Sepasang warga tua di California dikejutkan oleh pencuri yang meminta kata laluan Wi-Fi rumah mereka.

Pasangan yang berusia 60-an tinggal di Palo Alto, California, tiba-tiba dijagakan oleh penceroboh yang tidak dikenali pada 22 Julai, jam 12:31 pagi.

Pencuri itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang remaja yang berusia 17 tahun, mengejutkan mereka untuk meminta kata laluan Wi-Fi pasangan itu kerana dia telah kehabisan data, menurut kenyataan polis Palo Alto.

Sumber gambar: Huffpost

Mangsa lelaki dengan segera bangun dari tempat tidurnya dan bersemuka dengan pencuri tersebut.

Dia kemudian menolak remaja tersebut keluar dari kamar tidur mereka, menerusi ke ruang tengah dan sehingga ke pintu depan rumah mereka sebelum menghubungi polis.

Pihak berkuasa menahan remaja itu selepas beberapa minit kemudian.

Pegawai polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti remaja kerana dia seorang yang belum mencecah usia dewasa. Walau bagaimanapun, remaja masih menghadapi tuduhan terhadap kes kecurian di sekitar kediaman, berkeliaran dan memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa.

Remaja itu nampaknya berbohong tentang identitinya ketika disoal pada mulanya.

Pihak berkuasa juga mendapati bahawa remaja itu telah memecah masuk ke rumah lain pada malam sebelumnya atas sebab yang sama.

Remaja itu melarikan diri keluar rumah yang dipecah masuk tetapi berjaya mencuri basikal ketika dikejar.

Dia berpotensi menghadapi tuduhan tambahan kerana mencuri basikal. Nasib baik bagi pemiliknya, basikal itu telah diambil kembali oleh pihak polis.

Sumber laporan: The Star

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds