Pada 28 Julai lalu merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh ramai kerana kita semua berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama di abad ke-21 ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) iaitu Samsuddin Omar, fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Blood Moon’ itu adalah fenomena yang kedua berlaku pada tahun 2018 ini dan akan kelihatan di beberapa negara seperti Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan juga Amerika Selatan.

Fenomena Gerhana Bulan di pergunungan Swiss

Kredit: BBC News

“Fenomena ini akan bermula dari jam 1:14 pagi dan berakhir pada jam 7:28 pagi. Fasa gerhana bulan penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).”

Fenomena Gerhana Bulan di Kuala Lumpur

Kredit: BBC News

Jelas Samsuddin lagi, “Ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kembali ke warna asal dalam tempoh lima jam.”

Fenomena Gerhana Bulan di belakang Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi

Kredit: BBC News

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada dalam kedudukan yang selari. Memandangkan Bulan bergerak melewati bayangan tengah Bumi yang merupakan titik bayangan paling lebar, maka secara langsung ia menjadi punca mengapa fenomena kali ini berlangsung dalam tempoh yang agak lama.

Planet Marikh (bawah kanan) turut jelas kelihatan di langit

Kredit: BBC News

Pada masa yang sama, apa yang lebih menarik adalah fenomena alam yang disebut sebagai ‘Perarakan Planet’ menyebabkan penduduk Bumi berpeluang untuk melihat planet Musytari, Zuhal, Marikh dan Zuhrah dengan lebih jelas.

Menurut Samsuddin, bukan semua tempat di Malaysia dapat melihat keseluruhan fasa fenomena ini kerana bulan terbenam lebih awal sebelum fasa tertentu berakhir.

Fenomena Gerhana Bulan di Sydney, Australia

Kredit: BBC News

“Di Malaysia, fasa penumbra bermula pada jam 1:14 pagi diikuti separa bermula (2:24 pagi), penuh bermula (3:30 pagi), maksimum (4:21 pagi), penuh berakhir (5:13 pagi), separa berakhir (6:19 pagi) dan penumbra berakhir (7:28 pagi).”

Tonton video di bawah:

Kredit: Global Toronto/Facebook

Sumber: BH OnlineBBCGlobal Toronto/Facebook

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds