Utah adalah sebuah negeri yang luas di bahagian barat Amerika Syarikat. Di sini, terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh dijadikan sebagai pusat pelancongan. Antaranya adalah Taman Negara Zion, Taman Negara Bryce Canyon, Taman Negara Arches, kawasan padang pasir yang langsung tiada sebarang kelembapan bagi membolehkan tumbuhan hidup dan sebagainya.

Kawasan tersebut dikenali sebagai The Badlands dan kadangkala dianggap seperti berada di planet Marikh kerana kegersangan tanahnya. Namun menakjubkan, jika keadaan cuaca baik, kawasan tandus ini boleh berubah menjadi seperti dunia fantasi!

Dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni, berkembang mekar dan segar, pemandangan di The Badlands boleh berubah dalam sekelip mata sekali gus membuatkan ramai yang terpegun dengan keindahan alam ini.

Seorang jurugambar telah mendokumentasikan perubahan mempesonakan ini di dalam projeknya yang bertajuk The Good Badlands dan hasilnya benar-benar mengujakan anda.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

Sumber: Lost At E Minor

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds