Pemilik kereta lama pasti menghadapi masalah lampu depan yang nampak kekuningan dan menjadi buntu bagaimana untuk mengilatkannya menjadi bersinar semula.

Sudah menjadi lumrah apabila sebuah kereta terdedah kepada cuaca hujan dan panas bersama tindak balas kimia, bahagian luaran dan warna kereta akan menjadi pudar, termasuk bahagian lampu hadapan yang akan menjadi kelam dan kekuningan.

Kesan kekuningan pada bahagian lampu hadapan bukan sahaja menjadikan kereta kurang cantik, malah boleh membahayakan keselamatan pemandu, terutama di waktu malam atau berada di dalam hujan yang lebat.

Menerusi perkongsian Khairul Anwar Tumingan, beliau dengan berbesar hati telah memberikan tips penjagaan lampu hadapan kereta yang amat berguna. Ikuti langkahnya di bawah.

Cara mengilatkan lampu depan kereta yang sudah kuning dan kusam dengan modal di bawah RM15.

Bersama usaha menggosok yang lebih gigih, untuk lampu hadapan jenis plastik sahaja, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Kertas pasir gred 600

2. Kertas pasir gred 1000

3. Pengilat Logam Autosol (Metal Polish ) – (Harga sekitar RM8.00 hingga RM12.00 yang boleh didapati di kedai perkakasan atau di pasaraya)

Modal keseluruhan tidak mencapai RM15.00.

Cara-cara menggilap

1. Buang lapisan kuning dan kabur dengan kertas pasir gred 600.

Gosok dengan menggunakan air. Pada masa ini kelihatan kesan kotoran dan kekuningan mula tertanggal.

2. Lap dan keringkan permukaan lampu.

Setelah menggosok, mengelap dan mengeringkan permukaan lampu, kesan kekuningan perlu dipastikan sudah berkurangan.

3. Gosok dengan kertas pasir gred 1000.

Seterusnya, gosok lampu dengan kertas pasir gred 1000. Anda boleh juga menggunakan kertas pasir gred 1500 atau 2000. Gosok dengan cara yang sama iaitu dengan menggunakan air.

4. Lap dan keringkan permukaan lampu.

Selepas dilap dan dikeringkan sekali lagi, hasilnya seperti di bawah.

5.Gilap permukaan lampu dengan menggunakan penggilap logam Autosol (Metal Polish)

Gunakan penggilap logam Autosol. Picitkan sedikit pada lampu dan gosok dengan menggunakan kain. Dengan sedikit kegigihan anda akan dapat melihat hasilnya.

Lihat, dengan baru sedikit gosokan, sudah nampak kecerahannya!

Teruskan menggilap sehingga ia menjadi betul-betul cerah dan bersinar.

Dan ini adalah hasilnya, selepas menggilap dalam masa setengah jam.

Amat berkesan bukan? Lampu kereta yang berwarna kekuningan kini kelihatan seperti baru. Bajet di bawah RM15 yang amat berbaloi!

Lihat perbandingan sebelum dan selepas lampu hadapan digilap dan dikilatkan.

Jadi apa kata anda ikuti cara yang mudah dan menjimatkan ini sendiri di rumah. Bahaya sekiranya membiarkan lampu hadapan kereta yang kabur dan kekuningan. Apabila lampu hadapan menjadi kabur, ia akan membahayakan keselamatan diri dan pemandu yang lain. Selamat mencuba!

Sumber : Khairul Anwar Tumingan (Beruang Laut)/Facebook, Sirap Limau

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds