Aloe vera atau lidah buaya yang merupakan produk kecantikan yang diperakui dan makanan yang berkhasiat telah dihasilkan buat pertama kali di Afrika dan Mediterranean. Menurut kajian, terdapat 300 spesies aloe vera liar tetapi hanya 6 spesies sahaja yang boleh dimakan, terutama di Afrika dan beberapa tempat lain.

videoPlayerId=8bb723f62

Ad will display in 09 seconds

Aloe vera mengandungi bahan bioaktif yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Setiap daun aloe vera dipenuhi dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak. Lantaran daripada itu, bentuknya menjadi tebal dan gel tersebutlah yang digunakan dalam produk-produk kecantikan.

Kajian moden yang dilakukan oleh orang Amerika mendapati bahawa aloe vera boleh mempercepatkan penyembuhan kesan terbakar dan gel lut sinar tersebut mampu merawat ulser perut.

Begitu banyak khasiat aloe vera yang perlu kita tahu dan gunakan dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak pengusaha yang menggunakan aloe vera sebagai bahan dalam produk kecantikan mereka. Namun tahukah anda bagaimana mereka mengasingkan begitu banyak gel daripada daun aloe vera tersebut?

Dalam video ini, anda akan didedahkan kaedah mengasingkan gel tersebut yang ternyata cukup mengagumkan. Mana tidaknya pengusaha hanya menggunakan tenaga manusia semata-mata untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Lihatlah betapa pantasnya mereka membuat kerja dan tentunya itu juga disebabkan oleh ketajaman pisau yang mereka gunakan serta kemahiran yang dimiliki. Kelihatan pekerja-pekerja tersebut tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengupas daun sepanjang 15 hingga 40 sentimeter dengan ketebalan 1.5 sentimeter. Memang mengagumkan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds