Menurut Perubatan Tradisional Cina, gangguan tidur kronik biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan Yin-Yang akibat daripada gangguan aliran tenaga yang berlaku dalam tubuh kita.

Tenaga ini dipanggil Qi dan ia dipercayai ada di mana-mana sahaja. Apabila fizikal anda berada dalam keadaan yang baik, Qi mengalir dengan bebas melalui tubuh anda, tetapi jika anda mempunyai masalah kesihatan, mungkin terdapat penyumbatan Qi dalam organ dalaman tertentu yang mungkin akan membuat anda bangun pada waktu malam.

Berikut adalah bagaimana tubuh kita berfungsi di menurut pandangan pengamal perubatan Cina dan apa yang menyebabkan kita terbangun pada waktu yang sama setiap malam.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Jam Meridian Cina’?

Kredit: © depositphotos.com

Jam Organ Tubuh Cina atau ‘Chinese Organ Body Clock’ menganggap bahawa Qi beredar melalui dua belas meridian utama dalam badan kita yang melibatkan organ dalaman tertentu.

Pada waktu malam, Qi ditarik ke dalam untuk mengecas semula badan kita. Hal ini menyebabkan tidur kita sentiasa terganggu pada masa tertentu, mungkin ada ketidakseimbangan dalam salah satu sistem organ kita kerana tenaga tidak dapat melewatinya. Perkara inilah yang membuatkan kita terbangun.

21:00 – 23:00 – Tiroid

Kredit:  depositphotos.com   © depositphotos.com

Semasa peringkat awal tidur, sistem endokrin kita mengimbangi semula dirinya dan saluran darah menjadi lebih aktif. Ini bermakna bahawa sebarang masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh, tiroid, kelenjar adrenal atau metabolisme membuat kita terjaga.

Kesukaran tidur pada masa ini juga mungkin menjadi tanda tekanan yang berlebihan pada waktu siang. Untuk meningkatkan kualiti tidur pada tahap ini, kita boleh mengamalkan meditasi, melakukan yoga atau meregangkan otot serta melakukan latihan yang boleh menenangkan.

23:00 – 01:00 – Pundi hempedu

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Pundi hempedu kita menghasilkan hempedu yang diperlukan untuk pencernaan dan penyerapan bagi memecahkan semua lemak yang dimakan pada siang hari. Jika kita terbangun pada waktu ini mungkin bermakna kita mempunyai batu empedu atau anda kita mengawal pengambilan lemak dan makan lebih banyak minyak yang sihat.

Pundi hempedu juga dikaitkan dengan emosi. Oleh itu, sebelum tidur cuba kita memaafkan orang lain.

01:00 – 03:00 – Hati

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Sepanjang masa ini, tubh kita membersihkan diri iaitu dengan mengeluarkan bahan buangan dari darah dan tisu lain. Kita mungkin terjaga malam pada waktu ini kerana mungkin hati kita mengandungi terlalu banyak toksin untuk ditangani. Untuk membantu ia melaksanakan fungsinya dengan betul, cuba minum lebih banyak air kosong dan kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Terbangun pada masa ini juga boleh membawa maknna bahawa anda sebenarnya sedang dipenuhi dengan emosi negatif seperti kekecewaan, rasa bersalah dan kemarahan yang perlu diselesaikan supaya kita dapat mengembalikan tidur yang normal.

03:00 – 05:00 – Paru-paru

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Paru-paru anda adalah organ pertama yang mula dipenuhi dengan Qi dengan mengumpul oksigen dan ‘mengalirkannya’ ke semua sistem lain sebagai persediaan untuk hari baru. Sekiranya anda terus terbangun dalam jam 3:00 hingga 5:00 pagi dan mengalami gejala seperti batuk, bersin atau hidung tersumbat, ini mungkin menunjukkan bahawa kita mempunyai lendir yang berlebihan atau diet yang tidak sihat.

Paru-paru juga dihubungkan dengan emosi kesedihan, jadi jika kita terbangun pada waktu ini boleh memberi tanda bahawa kita perlu membuang perasaan ini. Dalam kes ini, melakukan beberapa senaman pernafasan boleh membantu untuk tidur dengan lebih baik.

05:00 – 07:00 – Usus besar

Kredit: © depositphotos.com   © depositphotos.com

Pada waktu pagi ini, aliran tenaga tertumpu pada usus besar yang membersihkan sisa dari tubuh. Jika terdapat ketidakseimbangan dalam organ ini, kita mungkin mengalami sembelit, penambahan berat badan atau penuaan awal. Untuk membuat usus besar berfungsi dengan baik, kita perlu melakukan regangan otot, minum banyak air dan buang air sejurus bangun tidur pada waktu pagi.

Kredit gambar:  depositphotos.comdepositphotos.com

Sumber: Brightside

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds