Satu rakaman video yang telah dirakamkan pada 23 Julai 2018 yang lalu dengan menunjukkan empat orang lelaki yang menaiki dua motosikal sedang melakukan percubaan merompak seorang pemandu kereta Perodua Axia di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam rakaman ini empat orang lelaki yang menaiki dua motosikal, dilihat menghampiri dan berhenti di sebelah kereta Perodua Axia yang sedang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Teknologi Malaysia pada pagi 23 Julai.

Kredit :  Bukit Jalil Malaysia/Facebook

Salah seorang daripada mereka dengan pantas dan ganas cuba memecahkan cermin kereta tersebut, tetapi niat jahat mereka menemui kegagalan.

Oleh kerana gagal dalam percubaan jahat tersebut, kumpulan perompak ini kemudian dengan segera meninggalkan tempat kejadian dan berlalu pergi ke laluan di hadapan untuk mencari mangsa yang lain. Cermin kereta Perodua Axia ini dipercayai telah dipasang dengan lapisan filem anti pecah dan ragut berkualiti tinggi.

Kejadian percubaan pecah dan ragut ini hanya berlaku dalam masa 7 saat sahaja, tetapi ia merupakan saat yang mendebarkan, mengingatkan betapa kita semua perlu berhati-hati setiap masa.

Kredit :  Bukit Jalil Malaysia/Facebook

Rakaman kejadian ini telah dimuat naik di halaman Facebook dengan lebih 120,000 tontonan dan 2,700 pengguna yang berkongsi.

Rata-rata netizen mendakwa lokasi tempat kejadian ini menjadi tempat tumpuan peragut bermotosikal yang akan berlaku sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Seorang netizen mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat melonggarkan peraturan pemasangan lapisan filem gelap ke atas cermin kereta bagi tujuan keselamatan. Menurut netizen ini, kumpulan peragut di dalam video ini sudah tahu dan menyasarkan tujuannya apabila melihat barangan berharga yang diletakkan di dalam kereta.

Kredit :   Facebook

Lihat rakaman video percubaan pecah dan ragut yang gagal di bawah.

Sumber : Facebook/Bukit Jalil Malaysia/ SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds