Kepada penggemar ataupun yang memelihara kucing. Perlu diketahui bahawa kucing akan sentiasa menjadi haiwan yang amat menarik. Oleh itu, berikut merupakan beberapa fakta mengenai kucing yang anda dapati akan menarik perhatian anda.

1. Apabila kucing ‘senyum’, mereka sebenarnya merasai udara melalui teknik pernafasan khusus mereka. Mereka juga boleh mengetahui perasaan takut anda.

2. Sungguhpun boleh merasai udara persekitaran, mereka tidak mempunyai deria terhadap rasa manis

3. Kucing dapat mendengar dan mengajuk lebih banyak bunyi daripada anjing. Malah, mereka dapat mengenali suara pemilik mereka, tetapi mereka biasanya tidak mengambil peduli.

4. Ini adalah sesuatu yang licik. Kucing boleh meniru bunyi bayi manusia apabila mereka memerlukan makanan. Mereka tahu bahawa manusia akan bertindak balas terhadap bunyi tersebut. Licik bukan?

5. Kucing boleh mendarat dengan keempat-empat kaki mereka dengan baik apabila jatuh dari ketinggian 320 meter!

6. Korteks cerebral haiwan berbulu ini (yang bertanggungjawab untuk memproses maklumat) mempunyai 300 juta neuron, manakala anjing hanya mempunyai 160 juta.

7. Kucing tidak dapat melihat dalam keadaan gelap gelita, tetapi mereka dapat melihat sebanyak tujuh kali lebih baik dalam keadaan gelap berbanding manusia.

8. Kucing belajar dengan mengajuk kelakuan yang dilihat oleh mereka.

9. Kenapa kucing membawa anda hidupan mati? Ia bukanlah merupakan hadiah yang penuh kasih sayang. Sebaliknya, ia menunjukkan kepada anda bahawa anda amat teruk dalam perihal memburu, jadi mereka tunjukkan kepada anda!

10. Tulang kolar kucing tidak bersambung dengan tulang-tulang lain. Menjadikan mereka sangat fleksibel dan mampu memuatkan diri mereka pada persekitaran sempit.

11. Pintu masuk khas untuk kucing dikatakan dicipta oleh Isaac Newton.

12. Pada 3600 ribu tahun sebelum Masihi, kucing telah menjadi haiwan utama di Mesir untuk menghindarkan tikus daripada masuk ke dalam kawasan simpanan makanan.

13. Apabila kucing meninggalkan najis mereka dalam keadaan terdedah, bermakna mereka tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda.

14. Kucing terkaya di dunia bernama Tommaso. Bagaimana dia menjadi sebegitu kaya? Pemiliknya merupakan seorang warga tua juga pewaris Itali yang meninggalkannya aset dengan nilai sebanyak $13 juta dolar!

15. Bukan pengimbas CAT tetapi ‘CAT’ sebenar untuk mengesan jika manusia menghidapi barah. Fidge dikatakan telah mengesan barah payudara pemiliknya, Fidge dikatakan sentiasa duduk di payudara kanan pemiliknya setiap malam selama dua minggu berturut-turut menandakan pemiliknya sebelum disahkan menghidap barah.

Sumber & Kredit: Elite Readers

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds