Ramai antara kita yang begitu menggemari kopi kerana aroma dan rasanya yang menyegarkan tetapi ramai juga yang lebih suka menikmati teh. Jika dahulu teh mungkin hanya boleh didapati dalam bentuk serbuk tetapi hari ini teh boleh didapati dalam bentuk uncang atau mungkin dalam bentuk segera (3 dalam 1).

Teh dalam bentuk uncang biasanya menjadi pilihan ramai kerana serbuk teh diletakkan di dalam uncang memudahkan teh untuk dinikmati tanpa risau akan habuknya. Biasanya kita melihat uncng teh berbentuk segi empat atau mungkin bulat tetapi pernahkan anda melihat uncang teh berbentuk ikan emas?

Sebuah syarikat di Taiwan bernama “Charming Villa” telah muncul dengan idea kreatif iaitu untuk menghasilkan uncang teh berbentuk ikan emas. Anda boleh saksikan sendiri gambar di bawah bagaimana cantiknya uncang tersebut apabila direndamkan ke dalam air panas. Sekali lihat seperti ikan yang sedang berenang, memang unik dan kreatif!

Sumber: Cocomy

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds