Musim durian adalah waktu yang sering ditunggu-tunggu oleh penggemar raja buah ini. Ketika inilah mereka mengambil kesempatan untuk menikmati kelazatan dan keenakan buah durian tanpa had. Memandangkan kuantiti durian agak banyak dan boleh sahaja didapati di seluruh negara telah membuatkan harga durian semakin rendah jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Selain dimakan begitu sahaja, isi durian juga boleh dibuat bubur, serawa, crepe atau mungkin dodol. Bagi peminat aiskrim pula anda juga boleh menggunakan durian untuk membuat aiskrim durian di rumah. Apa yang penting caranya sangat mudah dan ringkas serta bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

Mahu tahu caranya? Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook, Puan Syu Islamiah tentang resipi membuat aiskrim durian. Jadi, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

Resipi Aiskrim Durian ‘Homemade’

Bahan-Bahan:

  • 1 Cawan isi durian
  • 1 Tin susu cair
  • 3 Sudu besar susu pekat
  • 1 Sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tiada boleh tukar dengan mengunakan sebiji telur
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:

1. Kisar semua bahan sehingga hancur dan sebati.

2. Selepas itu gunakan ‘mixer’ untuk mengambangkan isinya dan hasilnya boleh muat untuk dimasukkan ke dalam bekas aiskrim 1.5L ini.

Kredit: Puan Syu Islamiah

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds