Tahukah anda, kereta api terawal yang berasal dari zaman purba Greece beroperasi dengan menggunakan tali yang ditarik oleh kuda dan hanya menggunakan kuasa graviti sahaja. Kemudian, kereta api wap pula mula diperkenalkan pada awal tahun 1800-an dan didominasi sehingga awal abad ke-19.

Namun, zaman berganti zaman, teknologi semakin meningkat maju menggantikan teknelogi lama yang semakin lapuk, kereta api moden telahpun muncul dan menjanjikan penumpang dengan tempoh perjalanan yang semakin cepat dan perjalanan yang lebih selesa. Industri pengangkutan yang berkembang pesat ini juga telah membuka jalan bagi industri lain seperti pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

Kredit: Daniel Cooper/Engadget

Dan kini Jerman telah muncul dengan tawaran perkhidmatan kereta api hidrogen yang akan menghubungkan Cuxhaven, Bremerhaven, Bremervörde dan Buxtehude bermula bulan Disember 2021, lapor International Railway Journal. Kereta api ini digelar sebagai Coradia iLint yang diterajui oleh syarikat Alstom.

Kredit: Daniel Cooper/Engadget

Kereta api hidrogen ini diaporkan mampu mempercepatkan perjalanan penumpang hingga 87 batu sejam dengan kapasiti hidrogen untuk perjalanan sejauh 497 batu. Ia juga digelar sebagai kereta api senyap kerana ianya beroperasi dengan tahap bunyi yang rendah dan hanya mengeluarkan stim dan air pekat dan dalam masa yang sama menggunakan landasan kereta api tanpa elektrik.

“Alstom dengan bangganya melancarkan inovasi terhebat dalam bidang pengangkutan,” kata pengerusi dan CEO Alstom, Henri Poupart-Lafarge.

iLint adalah alternatif Jerman kepada peningkatan jumlah kereta api bertenaga diesel yang semakin banyak beroperasi khasnya di negara Jerman.

Kredit: Daniel Cooper/Engadget

Kredit: Daniel Cooper/Engadget

Kredit: Daniel Cooper/Engadget

Berdasarkan jadual asal, syarikat transit Perancis menjangkakan bahawa kereta api hidrogen ini boleh memulakan perkhidmatannya menjelang akhir tahun 2017. Namun, disebabkan oleh beberapa penangguhan, jadual itu terpaksa dirombak semula dan hanya baru-baru ini iaitu pada 11 Julai yang lalu, syarikat Alstom mendapat pengesahan pengoperasian daripada Lembaga Kereta Api Persekutuan Jerman (EBA).

Oleh itu, kereta api hidrogen ini mungkin boleh mula beroperasi dalam masa yang terdekat ini. Mari saksikan video berikut untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut:

Kredit: Red emprendeverde/Facebook

Sumber: Elite Readers, Railjournal.com, engadgetRed emprendeverde/Facebook

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds