Di Norway, terdapatnya sebuah jambatan yang sangat luar biasa di dunia. Bukan sahaja dari bentuk jambatan itu sendiri yang luar biasa, malahan jika cuaca buruk sedang melanda, air dari laut dengan ombak yang besar juga akan melimpah dan ‘menyambar’ ke jambatan berkenaan.

Jambatan ini dinamakan sebagai “Jambatan Mabuk” atau Drunken Bridge yang mana nama yang diberikan tidak perlu lagi diterangkan berdasarkan bentuk rupanya yang aneh itu.

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Apabila cuaca di kawasan itu dalam keadaan yang baik, semuanya kelihatan sangat indah dan menarik. Bentuk jambatan yang unik itu pula memberikan kesan pemandangan yang sangat luar biasa dan tidak boleh ditemui dimana-mana tempat lain.

Bentuk jambatan ini juga kadang-kala mampu memberi ilusi kepada pemandu yang tidak maklum akan struktur jambatan itu. Hal ini kerana ianya mempunyai darjah ketinggian yang agak tajam yang mana pemandu cenderung untuk merasakan bahawa jambatan ini sudah rosak di penghujung jalan jika mereka masih belum melaluinya. Namun, jangan risau, semuanya hanyalah ilusi semata-mata.

Kredit: Cocomy.net

Kami pasti jambatan ini dibina dengan pelan yang teliti dan disokong dengan binaan yang kukuh  untuk keselamatan semua pengguna. Tambahan pula, ianya dibina untuk menjamin keselamatan pengguna ketika cuaca yang baik dan cuaca yang buruk sekaligus.

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Kredit: Cocomy.net

Ini pula video yang menunjukkan keadaan jambatan ini ketika cuaca buruk sedang melanda. Lihat sahaja keadaan ombak yang tidak henti-henti datang menyergah ke atas jalan di jambatan itu. Kami pasti, hanya pemandu yang cukup berani dan hebat sahaja yang sanggup merentasi jambatan ini ketika cuaca sedang buruk.

Kredit: Photo and Video HD Gallery

Semestinya, jambatan ini tidak dibina untuk menakut-nakutkan anda, tetapi ianya mampu memberikan pengalaman yang unik dan luar biasa bagi setiap penggunanya. Mahukah anda mencuba memandu di jambatan ini? Kongsikan dengan kami pendapat anda!

Sumber: Cocomy.netPhoto and Video HD Gallery

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds