Anjing kecil dan degil berbaka Bulldog ini bernama Diesel. Ia rasa dirinya cukup hebat kerana dapat berjalan bersama penutup kotak kadbod di hadapan mukanya. Sudahlah penutup kotak itu menutup mukanya, dan ia bukannya nampak jalan di hadapan, tetapi Diesel tetap juga berdegil mahu berjalan.

videoPlayerId=96bba87f2

Ad will display in 09 seconds

Diesel memiliki harga diri yang tinggi. Walaupun tuannya meminta ia melepaskan penutup kotak kadbod itu, ia tetap berjalan ke sana sini dengannya. Sayang benar Diesel dengan penutup kotak ini walaupun ia telah terhantuk di sana sini beberapa kali. Dan gelagatnya itu amat melucukan.

Menurut pemilik Diesel, Isabel Santos, pada waktu lapang, Diesel suka bermain dengan kotak. Jadi itulah sebabnya Diesel enggan melepaskan penutup kotak kadbod itu.

Lihat rakaman video aksi lucu Diesel dengan kedegilannya enggan melepaskan penutup kotak kadbod yang digigit. Diesel fikir senang sahaja berjalan bersama penutup kotak itu. Biarkan sahajalah si Diesel ini dengan penutup kotaknya!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds