Dengan musim durian yang sedang menjelma, pasti penggemar durian berasa teruja! Pelbagai jenis durian yang boleh anda nikmati sekarang, walaupun ia berharga mahal bagi durian dengan gred tinggi dan paling lazat!

Apabila tiba musim durian, pelbagai resipi berasaskan durian yang muncul, terutamanya resipi manisan. Namun resipi berasaskan durian hasil perkongsian Puan Noor Wahidayu Ibrahim ini amat unik dan berlainan kerana ia menggunakan biji durian sebagai bahan utama, yang dijadikan kerepek biji durian.

Resipi kerepek biji durian adalah seperti berikut :

1. Biji durian dibuang kulit dan direbus

2. Kemudian biji durian dihiris halus dan digaul dengan tepung BESTARI

3. Goreng hirisan biji durian dengan salutan tepung di dalam kuali dengan minyak yang panas seperti menggoreng kerepek biasa sehingga warna keperangan. Hasilnya seperti di bawah.

Apabila sudah siap rupanya menyelerakan. Anda boleh mencuba resipi ini di rumah. Selamat mencuba!

Sumber : Facebook/ Noor Wahidayu Ibrahim / Siakap Keli, Azam Samat

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds