Will Smith sering dianggap sebagai seorang aktor Hollywood penuh karisma, dan mendedikasikan diri untuk menghiburkan jutaan peminatnya dengan lakonan dan persembahan nyanyian yang bersahaja dan selalunya melucukan.

videoPlayerId=30da5148f

Ad will display in 09 seconds

Baru-baru ini aktor Will Smith telah mengambil peluang dan kesempatan untuk berkongsi saat kemeriahan Piala Dunia 2018 di Rusia bersama peminatnya di halaman Twitter.

Sebagai seorang pelakon yang bermula sebagai seorang penyanyi rap dan pelawak, Will Smith telah mengambil kesempatan ketika berada di Rusia untuk menghiburkan para pengikutnya dengan berkongsi video tarian yang melucukan bersama penyanyi Nicky Jam.

Dalam satu rakaman video, pada mulanya terlihat seperti pertarungan tarian yang epik di antara Will Smith dan Nicky Jam, tetapi akhirnya ia berakhir dengan aksi tarian yang melucukan.

Kedua artis ini menari dengan penuh gaya dan personaliti. Amat menarik dan begitu seronok untuk dilihat. Paling penting, persembahan mereka berdua sebelum berada di atas pentas sebenar, amat melucukan.

Lihat rakaman video yang dikongsikan oleh Will Smith di media sosial bersama penyanyi terkenal Nicky Jam.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds