PETALING JAYA – Bermula 1 Ogos ini, semua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) perlu mematuhi polisi bagasi yang baharu di mana syarikat berkenaan akan mengurangkan elaun bagasi secara percuma daripada 30kg kepada 20kg untuk semua penerbangan domestik.

Syarat ini hanya tertakluk kepada penerbangan bagi kelas Ekonomi dan tiket boleh ditempah bermula 1 Ogos hadapan.

Kredit: The Star

Memetik laporan oleh The Star, pihak MAS memaklumkan bahawa pengurangan elaun bagasi sebanyak 10kg ini dilakukan bagi memastikan kadar yang kompetitif berikutan peningkatan harga minyak di pasaran.

Polisi yang baharu ini juga meliputi perkhidmatan biasa lain seperti elaun bagasi 7kg, makanan dan hiburan di dalam pesawat.

Sumber: The Star, World of Buzz

Era Baru

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds