Seorang pemuda bernama Patrick Kilonzo Mwalua mengagumkan orang ramai ekoran sikap prihatinnya kerana dia sanggup ke Taman Negara Tsavo Barat dengan membawa air. Untuk pengetahuan anda, Taman Negara Tsavo Barat merupakan salah satu kawasan yang kering kontang.

Kredit:Pinterest

Dia membawa bersama 3,000 galon air tawar untuk keperluan haiwan liar seperti gajah, kerbau, kijang dan zebra di sana. Dia merupakan petani kacang pis di kampung halamannya dan mendapat idea setelah menyedari akan perubahan iklim di lokasi penempatannya. Perjalanannya pula memakan masa beberapa jam untuk sampai ke taman negara tersebut.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

“Tidak terdapat bekalan air langsung di sana dan ia membuatkan haiwan-haiwan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada manusia. Jika kita tidak membantu, mereka akan mati,” kata Mwalua. Dia mengisi bergalon-galon air di dalam tangki trak sebelum memandunya beberapa jam setiap hari bagi menyalurkan air kepada kawasan yang memerlukan. Lubang saluran air daripada tangki itu diperbuat daripada konkrit dan ia perlu kerap dibersihkan.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

“Kerbau akan berkubang di dalam lumpur supaya ia dapat membunuh kutu,” jelas Mwalua. Kebanyakan haiwan tidak dapat menunggu dengan lama dan mereka akan berkerumun ke trak Mwalua sebaik sahaja dia membuka saluran paip air.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

“Malam tadi, saya mendapati kira-kira 500 ekor kerbau menunggu di lubang air berkenaan. Sejurus sahaja saya tiba, mereka seakan-akan dapat menghidu air dan mendekati saya. Mereka juga tidak teragak-agak untuk minum air sewaktu saya masih berdiri berhampiran mereka,” tambahnya.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

Kawasan tersebut tidak lagi menerima hujan seperti selalu. Oleh itu, saya berasa saya patut mula memberikan air kepada haiwan kerana jika tidak, mereka akan mati. Dia juga menjalankan projek dipanggil Sukarelawan Tsavo di mana dia akan melawat ke beberapa sekolah untuk memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan hidupan liar di dalam ekosistem.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

“Saya dibesarkan di kawasan ini dan membesar bersama hidupan liar. Jadi saya memutuskan untuk menyuntik kesedaran pada mereka supaya mereka akan melindungi hidupan liar apabila mereka dewasa kelak,” katanya.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

Pada tahun lalu, Mwalua menyewa trak dan membawa bekalan air ke beberapa lokasi di kawasan Barat Tsavo. Trak berkenaan juga sangat berat dan ia tidak boleh dipandu laju. Usahanya itu turut dibantu oleh tiga orang wanita Amerika yang tidak pernah berjumpa langsung dengannya.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

“Saya melawat Kenya pada Disember 2015 dan saya tidak mengenali Patrick ketika itu,” kata Angie Brown yang menetap di Connecticut. Tetapi, negara itu khususnya hidupan liar di sana ‘menghantuinya’. Apabila dia tahu saja akan musim kemarau melanda di Kenya, Brown menghubungi Cher Callaway dan Tami Calliope yang berasal dari Utah dan Vermont untuk membantu.

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

Callaway telah beberapa kali bekerjasama dengan Mwalua dalam menjalankan projek termasuklah usaha mengutip dana untuk sarang lebah dan rondaan malam untuk menakutkan gajah daripada mengganggu penduduk kampung. “Komitmen Patrick terhadap hidupan liar tidak dapat diukur. Dia juga sanggup merisikokan nyawanya untuk membekalkan air untuk diisi di dalam lubang air yang kering.”

Kredit: Patrick Kilonzo Mwalua

Callaway juga ada membuat laman GoFundMe yang berjaya mengutip lebih RM73,123 ($18,000) daripada penduduk di seluruh dunia. Semuanya akan disalurkan kepada perkhidmatan penghantaran air Mwalua. “Sungguhnpun begitu, Patrick masih lagi memerlukan duit agar dia dapat membeli traknya sendiri,” kata Brown.

Tonton video di bawah:

Sumber: The Dodo, Appreciate/FacebookPatrick Kilonzo Mwalua

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds