Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk melihat anak mereka berjaya dari pelbagai aspek sama ada di dalam bab agama, pelajaran mahupun kerjaya. Untuk mencapai cita-cita tersebut, didikan dan asuhan yang tepat sejak kecil merupakan elemen yang penting demi membantu mencorakkan masa depan anak-anak yang lebih cerah dan terjamin.

Di samping itu, ibu bapa juga mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik anak-anak. Ada yang menggunakan pendekatan menegur secara baik, ada juga cenderung untuk menjadi ibu bapa yang tegas.

Kredit: Ummu Al Fateh

Namun, anda mungkin boleh menjadikan tips yang dikongsikan oleh seorang guru bernama Ummu Al Fateh ini sebagai panduan untuk mendidik anak anda. Hal ini demikian kerana, tips tersebut datangnya dari seorang ibu kepada salah seorang pelajarnya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan selain memiliki akhlak yang baik.

Tambahan pula, keempat-empat anak wanita ini berjaya mencapai keputusan akademik yang cemerlang sekali gus membuatkan Cikgu Ummu Al Fateh mahu mengongsikan tips daripada ibu berkenaan kepada anda semua.

Kredit: Connections Academy

  1. Galakkan anak-anak untuk mengulangkaji mata pelajaran di ruang tamu. Jika ibu bapa membiarkan mereka belajar di dalam bilik, kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar menumpukan perhatian atau tidak.
  2. Waktu mengulangkaji pelajaran dimulakan seawal jam 8 malam.
  3. Didik anak untuk mengulang kaji setiap malam ketika mereka mula memasuki Darjah Satu.
  4. Waktu tidur ditetapkan pada pukul 10 malam.
  5. Larang anak-anak daripada keluar rumah untuk ‘melepak’ bersama kawan. Sebaliknya, biarkan kawan-kawan mereka yang datang ke rumah sambil bermain permainan video dan sebagainya.
  6. Jika mahu keluar, anak-anak hanya perlu keluar sambil ditemani ibu bapa. Mereka hanya dibenarkan keluar bebas setelah mencapai usia 18 tahun kerana pada ketika itu mereka akan menyambung pelajaran dan sudah cukup matang untuk memilih kawan yang betul.
  7. Suaminya adalah seorang yang tegas tetapi baik hati dan tidak pernah naik tangan seperti memukul atau mencubit anak.
  8. Anak-anak tidak pergi tuisyen sebaliknya jika ada soalan yang tidak difahami, anak-anak akan usulkan kepada guru atau rakan-rakan sekelas.

Kredit: MiddleWeb

Menurut Ummu Al Fateh, ibu berkenaan turut menyatakan satu nasihat yang baginya benar-benar tulen, ikhlas dan wajar dipraktikkan.

“Apa-apa pun asasnya dari rumah, dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu sahaja. Cikgu pun ada ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”.

Sumber: Ummu Al Fateh

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds