Sebuah sekolah di Penambang, Kelantan dikejutkan dengan bunyi letupan kuat dari belakang bilik disiplin dan kaunseling sekolah pada 19 Julai yang lalu.

Kredit: SAYS

Kejadian yang berlaku pada 11 pagi tersebut bukan sahaja menyebabkan tingkap dua bilik berkenaan musnah malah sebuah alat pendingin hawa turut rosak. Perbuatan khianat itu didalangi oleh tiga pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap guru disiplin mereka.

Kredit: Kosmo Online

Ketika kejadian berlaku, terdapat enam orang guru di dalam kedua-dua bilik tersebut namun mujurlah tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Hasil siasatan, pihak polis menemui serpihan bom buatan sendiri yang dipercayai adalah mercun bola yang telah diubah suai. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kerosakan oleh api atau bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan.

Kredit: Berita TV9/Facebook

Sumber: SAYS, KOSMO, Berita TV9/Facebook

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds