Berbanding dengan sifat anjing yang taat kepada tuannya, kucing adalah sangat berbeza. Sukar untuk melatih kucing supaya menjadi taat dan menuruti perintah tuannya.

Tetapi kucing di bawah ini sangat taat, apabila tuannya memberikan apa-apa arahan, ia akan bekerjasama. Walaupun  wajahnya kelihatan seperti berkata”manusia ini menjengkelkan”, namun ia tidak membantah dan menuruti segala arahan.

Apabila tuannya berkata “jabat tangan”, kucing ini akan mengangkat kakinya dan meletakkannya di atas tangan tuannya. Selain itu, ia jugak pandai melakukan ‘high five’, yang membuatkan orang terhibur melihat gelagatnya.

Walaupun wajahnya kelihatan seperti kucing yang ‘degil’, tetapi ia sangat taat kepada tuannya. Ramai pengguna internet kagum apabila melihat ketaatan kucing ini terhadap tuannya kerana kucing terkenal dengan sifat mereka yang degil dan ego yang tinggi.

Ia merupakan perkara yang menakjubkan jika anda berjaya melatih kucing menjadi taat kepada anda. Ia bukan sesuatu kerja yang mudah. Mungkin anda perlu memberi makanan kegemaran mereka sebagai ganjaran setiap kali mereka menurut perintah anda.

Tonton gelagat kucing ini dalam video di bawah:

Kredit: Facebook

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds