FLORIDA – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan maut setelah memakan sekeping biskut Chips Ahoy yang disangkakannya bebas bahan kekacang.

Gadis bernama Alexi Ryann Stafford yang berasal dari Weston, Florida itu telah berkunjung ke rumah seorang rakan dan melihat sebungkus biskut yang telah dibuka. Alexi menyangkakan dia mengambil biskut tanpa kacang dan terus menikmatinya.

Kredit: Dailymail

Namun, sebaik sahaja menghabiskan biskut yang pertama, Alexi mula merasakan sesuatu yang aneh dan mendapati biskut tersebut diperbuat daripada Mentega Kacang Reese. Kejadian tidak diduga itu membuatkan mulut Alexi menjadi gatal selain menggigil dan dia memutuskan untuk segera pulang ke rumah sebelum mendapati keadaannya semakin teruk.

Menurut ibunya, Kellie Travers-Stafford, “Dia mengalami kejutan Anaphylactic, berhenti bernafas dan terus tidak sedarkan diri. Kami memberikan dua suntikan EpiPens semasa dia sedar sementara menunggu ketibaan paramedik.”

Kredit: Dailymail

Bagaimanapun, selepas kira-kira 90 minit memakan biskut tersebut, Alexi disahkan meninggal dunia dan kejadian ini benar-benar mengejutkan orang ramai.

“Seumur hidup, kami cuba sebaik mungkin untuk melindungi anak kami daripada satu bahan iaitu kekacang. Sebagai seorang ibu, saya sangat marah kerana dia (Alexi) tahu apa yang tidak selamat dimakan.”

Kredit: Dailymail

Syarikat berkenaan mengeluarkan biskut Chips Ahoy pelbagai versi tetapi bagi biskut ‘Chewy’ dan biskut yang mengandungi ‘Mentega Kacang Reese’, kedua-dua paket pembungkusan adalah di dalam warna yang sama iaitu merah sekali gus membuatkan Alexi yang alah pada kekacang tersalah pandang lalu memakannya.

Perkongsian yang diluahkan oleh ibu Alexi menjadi tular dan telah sampai ke pengetahuan salah seorang wakil syarikat Chips Ahoy.

Kredit: Dailymail

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh syarikat berkenaan, pihak Chips Ahoy dikatakan memandang serius akan pelanggan yang mempunyai alahan dan telah meletakkan maklumat yang jelas serta terperinci pada pembungkusan produk.

Kredit: gofundme

“Kami sentiasa menggalakkan pelanggan untuk membaca label pembungkusan ketika membeli dan mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan di dalam produk tersebut termasuklah bahan yang boleh menyebabkan alahan.”

Sumber: Daily Mail, NBC 6 (Facebook)

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds