Di Barat, konsep tentang cinta muda-mudi adalah perkara biasa, kita juga biasa mendengar perkataan kasih sayang dan juga cinta. Walau bagaimanapun, adakah orang muda sekarang mengerti maksud sebenar cinta dan kasih sayang. Kerana pasangan warga emas ini menunjukkan erti sebenar perkataan tersebut.

videoPlayerId=6214b2eff

Ad will display in 09 seconds

Bagi orang yang baru berkeluarga, mengucapkan perkataan kasih dan cinta tanpa menunjukkan perbuatan adalah sama sahaja bagaikan melepaskan batuk di tangga. Pasangan warga emas ini menunjukkan walaupun usia mereka kelihatan uzur, namun dalam hati mereka tetap tidak berubah.

Mereka menyuapkan makanan dan minuman sesama sendiri, malah saling bantu membantu setiap kekurangan pada diri mereka. Sungguhpun begitu mereka masih mampu senyum tertawa dan menikmati dengan apa yang mereka lakukan, dengan kehadiran seekor anak kucing sebagai peneman mereka sudah tentu ini menceriakan mereka bersama.

Pasangan lama yang manis ini mengajarkan kepada kita bahawa kesetiaan dan taat ini melampaui apa yang kita ketahui sebagai cinta. Cinta adalah sesuatu yang bukan semua orang dapat memahaminya secara mendalam dan merupakan sentimen yang amat penting.

Daripada pasangan ini, kita dapat melihat bahawa walaupun sudah bertahun-tahun lamanya mereka bersama, kasih sayang, kesetiaan, taat dan cinta mereka masih kekal dan tidak berubah sama sekali seperti waktu mereka baru mengenali antara satu sama lain.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds