Bayi dan juga kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bahaya walau di mana jua mereka berada. Disebabkan itulah, gerak-geri mereka harus sentiasa diawasi bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini dan mungkin boleh meragut nyawa.

Antara kes kecederaan yang pernah berlaku di Malaysia adalah seperti tersedak susu, tertelan permainan kecil dan juga bayi mengalami gegeran otak akibat terjatuh dari katil.

Tetapi kadangkala, malang itu tidak berbau. Walau pun ibu bapa telah melakukan pelbagai kaedah untuk menjadikan kawasan rumah sebagai kawasan yang mesra kanak-kanak, insiden tidak diingini seperti di atas akan tetap berlaku tanpa kita duga.

Justeru, doktor Taufiq Razif dengan sukacitanya ingin berkongsi lima bahaya di rumah yang boleh berlaku kepada anak kecil. Semoga tips yang diberikan oleh beliau dapat dijadikan panduan kepada para ibu bapa di luar sana demi kesejahteraan dan keselamatan anak-anak.

#1. Objek kecil

Kredit: Shutterstock

Menurut beliau, bayi seawal usia enam hingga 18 bulan akan menghabiskan masa selama 30 minit dalam sehari untuk meneroka dunia. Bagi tujuan itu, mereka akan menggunakan bahagian mulut dan pada ketika itulah mereka akan memasukkan segala benda yang mereka lihat ke dalam mulut.

Jadi, pastikan anda menyimpan barangan kecil seperti guli, duit syiling dan juga kunci jauh daripada kanak-kanak.

#2. Makanan kecil

Kredit: Shutterstock

American Academy of Pediatrics telah menyenaraikan beberapa jenis makanan yang berisiko dalam menyebabkan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun tercekik. Antaranya:

  • Kekacang dan bijan
  • Ketulan keju
  • Buah anggur yang belum dipotong
  • Bertih jagung
  • Sosej
  • Sayur mentah
  • Kismis
  • Gula-gula getah

#3. Mangkuk tandas

Kredit: NTD

Sebelum ini, pernah berlaku kes bayi mati lemas ketika mandi di dalam tab. Tetapi sebenarnya, ada juga kes mati lemas di dalam mangkuk tandas.

Saban tahun, dianggarkan lebih 115 kanak-kanak meninggal dunia kerana lemas di dalam mangkuk tandas dan jumlah ini membuktikan ianya adalah sesuatu yang serius.

#4. Plastik sampah

Kredit: Mummylicious Diary

Kadangkala kita sering memandang perkara ini sambil lewa dengan membiarkan anak-anak bermain plastik di kepala mereka. Ini juga boleh menyebabkan mereka lemas kerana plastik mampu menghalang oksigen daripada sampai ke otak sekiranya ia ditekup rapat ke hidung atau terikat tanpa sengaja.

#5. Ubat dan vitamin

 

Kredit: HuffPost

Harus diingat agar sentiasa menyimpan ubat di tempat yang selamat dan berkunci serta jauh dari pengetahuan kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai daya sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka cenderung untuk melakukan ‘eksperimen’ tanpa memikirkan soal keselamatan dan bahaya.

Sumber: Taufiq Razif

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds