Dalam kehidupan seharian kita mungkin akan menghadapi perkara-perkara yang bahaya dan saat-saat yang kritikal. Kita harus kekal tenang dalam menghadapi sesuatu perkara antara hidup dan mati, jika kita tersilap langkah nyawa kita akan melayang.

videoPlayerId=ca6291a81

Ad will display in 09 seconds

Video ini menunjukkan pemandu dan penumpang sebuah van melalui detik cemas apabila van yang dinaiki oleh mereka tersangkut dan hampir hanyut dibawa arus deras. Detik cemas ini sempat dirakam oleh seorang netizen yang menyaksikan insiden tersebut.

Pada awal video menunjukkan dua orang daripada keseluruhan penumpang van tersebut berusaha untuk menyelamatkan diri. Tidak pasti van tersebut dinaiki oleh berapa orang.

Seorang daripadanya bertindak melompat ke tebing dan berjaya menyelamatkan diri.

Kelihatan seorang lagi penumpang keluar melalui tingkap van tersebut. Orang ramai yang menyaksikan insiden tersebut berusaha untuk menyelamatkan penumpang van tersebut dengan menggunakan tali.

Seorang demi seorang penumpang van tersebut keluar melalui tingkap.

Tonton video untuk melihat bagaimana mereka menyelamatkan diri dan orang ramai yang bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds