Anak harimau bintang ini dilahirkan di Zoo Sadgorod di Vladivostok, Rusia. Namun, tidak seperti anak haiwan lain ia terpaksa dipisahkan daripada ibunya yang dikatakan agak ganas dan boleh mengancam nyawanya. Kakitangan zoo benar-benar risau akan keadaannya lalu memutuskan untuk memisahkan dua beranak ini.

videoPlayerId=91d493990

Ad will display in 09 seconds

Pada mulanya, pekerja zoo cuba memberi si kecil itu makanan tetapi ia nampaknya tidak dapat menerima makanan dengan baik. Hal tersebut membuatkan keadaan si kecil semakin kurus. Jadi, pekerja zoo tahu bahawa mereka perlu mencari ‘ibu’ baharu atau penjaga buat si kecil.

Kakitangan zoo akhirnya meletakkan si kecil ini bersama seekor anjing yang baharu melahirkan 4 ekor anak. Mujur ibu anjing merawat dan menjaga anak harimau ini seperti anaknya sendiri malah ia turut menyusukan si kecil tanpa berbelah bagi.

Hidup dengan ibu anjing membuatkan anak harimau ini semakin sihat dan berat badannya juga semakin bertambah. Si kecil ini bukan hanya menyusu dengan ibu anjing malah mereka turut bermain bersama, saling menyanyangi dan nampaknya mereka sudah menjadi sebuah keluarga bahagia.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds