SHAH ALAM – Lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula Januari tahun depan apabila Kementerian Pendidikan menggantikan penggunaan kasut putih kepada kasut hitam di semua sekolah menengah dan rendah.

Kredit: Azizah & Umar Enterprise/Facebook

Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah selepas pihaknya mendapat maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa yang sering mengadu mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Beberapa aduan diterima daripada ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka memakai kasut putih kerana cepat kotor. “Bermula tahun depan, semua pelajar (sekolah rendah dan menengah) seluruh negara akan memakai kasut hitam dan bukannya kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.

Kredit: Malaysia Chronicle

“Situasi ini pastinya menggembirakan kala­ngan ibu bapa secara keseluruhan,” tambahnya.

Selain itu, Dr Maszlee juga membincangkan mengenai pelan pendidikan negara untuk lima tahun akan datang, termasuk mengurangkan beban berat beg pelajar sekolah yang menjadi isu baru-baru ini.

Kementerian Pendidikan akan mencari jalan untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat. Selain itu, beliau juga berhasrat untuk mewujudkan sistem di mana para pelajar sekolah dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa.

“Saya telah bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa,” kata beliau.

Tonton video program ‘Bicara Minda’ bersama Menteri Pendidikan anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf:

Kredit: The Malaysian Insight/Facebook

Sumber: SAYS.com

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds