Baru-baru ini, dua orang kanak-kanak lelaki dirakam sedang bermain permainan sembunyi-dan-cari di tebing sempit yang berketinggian beratus-ratus kaki dari paras tanah di utara China.

Mereka dikesan bersiar-siar di sepanjang platform kecil, yang dikatakan berada di aras 33 bangunan apartmen yang terletak di bandar Lanzhou.

Kredit: Mail Online

Walau bagaimanapun, mereka kelihatan langsung tidak gerun dan tidak sedar akan bahaya yang sedang mereka hadapi. Aksi maut mereka itu telah difilemkan oleh jiran dari bangunan yang berlainan.

Rakaman video kejadian di wilayah Gansu itu menunjukkan kedua orang kanak-kanak lelaki itu berjalan di tebing sempit di sekeliling bangunan berkenaan sambil berbual antara satu sama lain.

Kredit: Mail Online

Kanak-kanak itu kelihatan telah keluar dari tingkap pangsapuri berkenaan dan mula bermain di tempat berbahaya itu. Yang lebih menggerunkan lagi, mereka langsung tidak mempunyai apa-apa perlindungan jika terjatuh dari tebing tersebut.

Kredit: Mail Online

“Mereka tidak menyedari bahawa ia adalah sangat berbahaya untuk memanjat tetingkap seperti itu,” kata seorang wanita yang mendakwa sebagai pengurus keselamatan bangunan berkenaan.

“Kami benar-benar terkejut,” katanya. “Syukurlah mereka tidak tercedera.”

Pihak pengurusan bangunan telah bercakap dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan memberi amaran kepada mereka agar tidak meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan.

Hal ini perlu diambil berat oleh semua orang terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang tinggal di bangunan tinggi sebegini. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran!

Tonton video di sini:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds