Kadangkala, kita perlu menggunakan barangan atau produk yang pada asalnya dikhususkan untuk kegunaan tertentu kepada kegunaan yang lain. Misalnya, projek DIY di mana tayar dan tong besar diubah menjadi kerusi, sos cili untuk mengilatkan periuk dan bermacam-macam lagi.

Tetapi di dalam artikel ini, kami akan memfokuskan kepada 10 helah untuk menggunakan produk kosmetik anda dengan sebaik mungkin. Jadi, jika anda mempunyai produk kosmetik yang sudah hampir habis, jangan terus dibuang tetapi manfaatkan tips yang kami berikan ini.

#1. Penyegar wajah (toner)

Penyegar atau toner berfungsi dalam menyingkirkan bakteria dengan berkesan. Penyegar wajah juga mampu menggantikan gel pembersih tangan (hand sanitizer) sekali gus memastikan tangan anda kekal bersih.

Di samping itu, penyegar juga boleh digunakan untuk membersihkan papan kekunci atau telefon anda. Memandangkan anda tidak boleh mencuci produk elektronik ini dengan menggunakan air, gunakan penyegar wajah.

#2. Minyak kosmetik

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Anda boleh menggunakan minyak kosmetik bagi tujuan membersihkan sinki besi tahan karat. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menitikkan beberapa titis minyak pada kapas dan gosok pada permukaan sinki. Kemudian, lapkan dengan tisu.

Minyak tersebut berfungsi dalam menghasilkan laposan nipis bagi mengelakkan pembentukan plak atau kesan sabun.

#3. Pengilat kuku tanpa warna

Pengilat kuku bukan sahaja boleh mengilatkan kuku tetapi juga membantu menghilangkan kesan calar pada barangan seperti perabot. Di samping itu, pengilat kuku juga boleh mengelakkan cermin mata anda daripada kehilangan skru kecil pada bingkai.

#4. Bedak

Bedak mengandungi garam mineral yang mampu menyerap kelembapan. Oleh itu, sebelum anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, letakkan sedikit minyak pada kawasan yang kerap berpeluh seperti ketiak, siku dan tapak tangan. Bagi mengelakkan rambut kelihatan berminyak, letakkan sedikit bedak pada rambut dan biarkan ia menyerap segala minyak. Kemudian, sikat rambut anda.

#5. Pembersih solekan (makeup remover)

Penanggal solekan bukan hanya digunakan untuk membersihkan wajah daripada solekan tetapi juga mampu membersihkan kotoran lain. Misalnya untuk menghilangkan kesan pelekat tanda harga, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menggosokkan kawasan tersebut dengan kain yang direndam dengan penanggal solekan.

Anda juga boleh membersihkan kesan solekan daripada pakaian dengan menggunakan penanggal solekan yang jernih.

#6. Pembersih pewarna kuku

Kredit: depositphotos

Pembersih pewarna kuku mengandungi acetone yang digunakan sebagai peluntur selain mempunyai kesan anti minyak. Jika jari anda melekat kerana gam kuat, letakkan sedikit acetone pada kawasan tersebut. Biarkan selama 30 saat sebelum membasuh tangan anda dengan air suam bersama sabun.

Bagi tujuan membersihkan jubin dapur atau tandas, ambil air suam dan campurkan acetone. Bersihkan jubin dengan campuran ini. Untuk membersihkan kesan kotor pada barangan tembikar, gosokkan dengan kain lembut yang direndam dengan pembersih pewarna kuku ini. Selepas itu, basuh tembikar anda dengan air bersih.

#7. Krim

Krim mengandungi komponen pelembap yang membuatkan kulit menjadi lembut dan tegang. Jika anda tersalah membeli krim atau tidak gemar akan baunya, cuba gunakan krim tersebut pada barangan kulit. Dengan cara ini, beg atau kasut kulit anda akan kelihatan seperti baru dibeli!

#8. Pelembap bibir

Kredit: © depositphotos   © pexels

Vaseline adalah produk yang sesuai untuk melembapkan kulit. Di samping itu, vaseline juga boleh digunakan untuk mengelakkan hujung rambut yang terbelah. Hanya sapukan vaseline atau pelembap bibir dan rambut anda tidak lagi kelihatan rosak.

Produk pelembap bibir ini juga bagus sebagai pelincir. Anda boleh meletakkannya pada tingkap bagi membolehkan tingkap itu dibuka dengan mudah.

#9. Penyembur rambut

Bagi membersihkan bulu kucing pada pakaian, semburkan penyembur rambut pada tuala dan lapkan pada baju anda. Jika anda gunakan penyembur rambut pada belon, belon akan kekal mengembung untuk tempoh masa yang lebih lama.

#10. Shampu

Semua jenis shampu mengandungi komponen pelembut dan panthenol yang sesuai digunakan untuk mencuci fabrik lembut seperti baju dalam, pakaian yang diperbuat daripada kapas dan sutera serta bermacam-macam lagi.

Dengan mencuci menggunakan shampu, pakaian anda akan tahan lebih lama.

Sumber: BrightSide

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds