Pernahkah anda mendengar atau melihat individu yang bermain bola dengan tiga kakinya, pasangan kembar yang tinggal bersama tetapi tidak pernah bertegur sapa atau lelaki yang memiliki 24 personaliti berbeza?

Mendengarkan sahaja tiga contoh di atas sudah cukup membuatkan kita semua berkerut-kerut dahi sama ada untuk mempercayai ianya benar-benar berlaku atau tidak. Tetapi hakikatnya, kisah ini adalah kisah benar yang berlaku sekali gus membuktikan bahawa dunia ini sentiasa dipenuhi dengan manusia-manusia yang menakjubkan!

Mari kami bongkarkan 7 kisah kehidupan manusia luar biasa ini.

#1. ‘Manusia Hutan’, Petrus Gonsalvus

Kredit: Petrus Gonsalvus / unknown author

Pada tahun 1537 di Tenerife, lahir seorang kanak-kanak yang ganjil kerana seluruh badannya dipenuhi bulu. Kedua ibu bapanya menyangkakan Petrus mempunyai penyakit yang disebabkan oleh sumpahan syaitan, jadi mereka menjual Petrus kepada lanun Perancis sewaktu Petrus berusia 10 tahun. Petrus kemudian digelar ‘Manusia Hutan’ lalu dipersembahkan di hadapan Raja Perancis, Henri II.

Bagaimanapun, Henri II menyedari Petrus adalah seorang budak yang bijak kerana kebolehannya memahiri bahasa Perancis dengan cepat. Oleh itu, Henri memutuskan untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada Petrus.

Setelah Henri II mangkat, permaisuri beliau yang menjaga Petrus dan mengahwinkan Petrus dengan seorang wanita cantik bernama Catherine.

Kredit: Petrus Gonsalvus et Catherine / Joris Houfnage

Walaupun sering dihina, mereka berjaya mempertahankan hubungan sehingga dikurniakan 6 orang cahaya mata di mana empat daripadanya mewarisi ciri-ciri fizikal bapa mereka.

Kredit: Maddalena (Madeleine) Gonzales / unknown author   © Portrait d’Antonietta / Lavinia Fontana

#2. Pemain bola sepak berkaki tiga, Francesco Lentini

Kredit: Frank Lentini / Edena Studios

Francesco dilahirkan di Itali pada tahun 1889 dengan tiga kaki. Ibu bapanya enggan membesarkan kanak-kanak istimewa itu lalu telah menghantarnya ke rumah anak yatim yang menempatkan kanak-kanak OKU.

Walaupun kecewa dengan hidup dan keadaan dirinya, Francesco tidak patah semangat dan memutuskan untuk menggunakan tubuhnya dengan sebaik mungkin. Jadi, dia telah belajar untuk menunggang basikal di samping bermain bola.

Pada usia 8 tahun, Francesco telah pergi ke Amerika dan menjadi ahli sarkas.

Kredit: Frank Lentini / unknown author

Ramai orang meminati persembahan sarkas yang ditunjukkan oleh Francesco sekali gus membuatkan dia terus bersemangat untuk membantu orang yang memerlukan. Francesco pernah menulis sebuah buku yang menceritakan pengalamannya mempunyai tiga kaki dan apa yang mendorongnya untuk menjadi individu yang berjaya.

#3. Kanak-kanak pintar, Christian Heinrich Heineken

Kredit: Christian Heinrich Heineken / Catharina Elisabeth Heinecken

Budak lelaki dengan kepandaian yang luar biasa ini telah dilahirkan di Lübeck, Jerman pada 1721. Bapanya adalah seorang arkitek manakala ibunya pula adalah ahli kimia. Pada usia 10 bulan, Christian sudah mempunyai kemahiran bertutur dan mampu menyebut nama objek serta ayat tertentu.

Pada usia setahun, Christian sudah mampu menulis semula Kitab Perjanjian Baru (New Testament) di dalam tulisan Latin. Kemudian pada umurnya mencecah 3 tahun, budak lelaki ini sudah boleh menyampaikan syarahan tentang sejarah Denmark semasa zaman pemerintahan Frederick IV.

Bagaimanapun, kanak-kanak ini hanya mampu hidup sehingga ke usia 4 tahun sahaja setelah didapati menghidap penyakit Celiac.

#4. Pasangan gergasi, Martin dan Anna Bates

Kredit: Collections Canada

Anna telah dilahirkan pada tahun 1846 di Kanada dan merupakan satu-satunya ahli keluarga yang mempunyai ketinggian gergasi. Walaupun mempunyai fizikal yang besar, Anna adalah seorang wanita yang sangat baik hati.

Ketika berusia 25 tahun, Anna telah jatuh cinta dengan seorang ahli sarkas bernama Martin Bates yang turut mengalami keadaan sama seperti Anna.

Kredit: © MartinVanBurenBates / unknown author   © Anna Haining Bates / unknown author

Walaupun 9 tahun lebih muda, Anna mempunyai ketinggian yang lebih tinggi berbanding Martin. Pasangan ini akhirnya berkahwin dan pernah melahirkan dua orang anak. Pada 19 Mei 1872, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan namun bayi tersebut tidak dapat meneruskan hidup.

7 tahun kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki namun hanya mampu bertahan selama 11 jam sahaja. 9 tahun kemudiannya, Anna meninggal dunia akibat serangan jantung dan menyebabkan Martin berkahwin lain dengan wanita yang mempunyai ketinggian normal.

#5. Individu dengan 24 personaliti, William Stanley Milligan

Kredit: Instagram

William dikatakan mengalami gangguan psikologikal yang jarang dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal kesemua 24 personaliti yang wujud dalam dirinya. William hanya mampu mengawal satu personaliti bernama Billy yang dikatakan tahu tentang personaliti-personaliti lain.

Antara watak yang wujud dalam diri William adalah lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua, individu dengan tahap kepandaian yang berbeza, individu dengan loghat tertentu dan bermacam-macam lagi.

Lebih mengejutkan, kesemua personaliti ini tidak berkawan antara satu sama lain. Ada di antaranya yang pernah melakukan kesalahan jenayah sehingga membuatkan Billy diheret ke mahkamah.

#6. ‘Gadis Unta’, Ella Harper

Kredit: Ella Harper / unknown autor

Ella adalah seorang gadis yang cantik walaupun dilahirkan dengan lutut yang membengkok ke arah berlawanan daripada lutut normal. Oleh demikian, Ella terpaksa berjalan dengan keempat-empat tangan dan kakinya di bawah.

Pada usia 12 tahun, Ella telah menyertai program Sarkas Plate Harris Nickel dan diberi gelaran ‘Gadis Unta’. Ketika berusia 35 tahun, Ella telah berkahwin dan terus mengandung. Dia dikurniakan seorang anak perempuan yang kemudiannya meninggal dunia sebelum mencapai usia setahun.

Ella akhirnya meninggal dunia pada usia 51 tahun.

#7. ‘Pasangan kembar yang membisu’, June dan Jennifer Gibbons

Kredit: Instagram/bratpupp

Pasangan kembar ini dilahirkan di Barbados pada tahun 1963 namun mereka tidak pernah berbual antara satu sama lain. Sebaliknya, mereka hanya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang hanya difahami oleh mereka.

Ibu bapa mereka cuba untuk memisahkan kembar ini dan menghantar mereka ke sekolah yang berlainan dengan harapan agar anak-anak mereka mampu mengembangkan kemahiran komunikasi. Tetapi tindakan tersebut menyebabkan June dan Jennifer semakin mengasingkan diri mereka daripada dunia luar.

Mereka menghabiskan masa bersama-sama di dalam bilik untuk menulis kisah jenayah tertentu dan juga puisi di dalam diari. Lama-kelamaan, mereka mula bosan menulis dan memutuskan untuk melakukan jenayah sendiri. Mereka dilaporkan pernah beberapa kali mencetuskan kebakaran selain menyerang orang lain.

Kredit: bugunbuldum.com

Akibat perbuatan mereka, mahkamah memutuskan untuk menghantar kedua-dua gadis ini mendapatkan rawatan psikiatri. Walaupun dipisahkan dan diletakkan di wad yang berbeza, kedua-duanya dikatakan mempunyai tingkah laku yang sama setiap masa.

Pernah suatu ketika, Jennifer memberitahu peguamnya yang bernama Marjorie bahawa dia perlu mati. Apabila ditanya mengapa dia berkata begitu, Jennifer menyatakan:

“Kerana kami yang buat keputusan ini.”

June Gibbons semasa remaja

Kredit: Visual Paranormal Investigations

Tidak lama kemudian, Jennifer meninggal dunia. Marjorie mendapati salah seorang daripada mereka terpaksa meninggal dunia bagi membolehkan kembar lagi satu hidup dengan bebas. Setelah diteliti, rupanya June dan Jennifer mempunyai hubungan yang sangat rumit. Mereka saling sayang-menyayangi dan membenci antara satu sama lain.

Selepas Jennifer meninggal dunia, June mula berkomunikasi dengan orang lain malah turut berkhidmat di pusat kebajikan.

Sumber: BrightSide

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds