SEREMBAN: Seorang pengawal keselamatan wanita dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana didakwa memberi suapan RM30 kepada seorang anggota polis.

Kredit: MSN

Tertuduh, Nor Leann Nadia Abdullah, 28, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiya Idris.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan RM30 kepada Konstabel Syamsul Ikhwani Borhan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang selepas dia didapati gagal mematuhi arahan lampu isyarat dan menunggang motosikal dengan lesen tamat tempoh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan kedai menjual kenderaan terpakai di Jalan Besar Lukut, Port Dickson, jam 7.20 malam pada 22 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Nor Leanne Nadia menangis selepas membuat pengakuan itu dan merayu agar hukuman diringankan kerana sebagai ibu tunggal, selain perlu bekerja dia juga menanggung seorang anak dan ibu yang uzur.

Kredit: Sinar Harian

Hakim Fathiya Idris kemudian menetapkan hukuman penjara sehari dari tarikh tangkapan dan denda RM1,000 atau menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurdiyanah Mohd Nawawi dan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds