Apabila anda sangat suka akan rumah anda tetapi lokasinya tidak bersesuaian, apa yang bakal anda lakukan? Jika rumah anda jenis tradisional, maka anda boleh sahaja meminta bantuan orang kampung untuk mengalihkannya sedikit demi sedikit ke lokasi yang anda inginkan.

Kredit: Bernama

Itulah yang terjadi pada sebuah rumah lama apabila sekumpulan orang kampung di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar memutuskan untuk berganding bahu bagi mengalihkan rumah lama berusia lebih 80 tahun seberat 6 tan! Sungguhpun hanya mengalihkan rumah itu pada jarak 150 meter, namun usaha itu memakan masa sehingga 4 jam dan ia dilakukan bergilir-gilir secara perlahan bagi membolehkan mereka melepasi beberapa halangan seperti longkang dan parit.

Seramai 100 orang pelajar daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengambil bahagian, ditambah lagi dengan 40 orang pelajar sekolah tahfiz dari Thailand yang turut membantu semasa proses pengalihan berkenaan. Menurut penganjur, Meor Samsudin berkata, rumah berkenaan merupakan contoh seni bina tradisional terbaik dan ia masih lagi dalam keadaan yang baik. Ia perlu dipelihara kerana berupaya menjadi pusat tarikan pengunjung di kampung tersebut.

Kredit: Bernama

Ahli parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, “Pada asalnya, kami merancang untuk membuka sambungan rumah tersebut dan memasangnya semula apabila sampai ke lokasi baru, tetapi idea mengalihkannya muncul. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk melakukannya.” Pemilik rumah tersebut, Rokiah Salim telah meninggal dunia pada lewat 80-an dan rumah berkenaan kosong semenjak itu selama 30 tahun. “Keluarga kami bersetuju dengan pemindahan dan pemeliharaan rumah tersebut untuk dipamerkan kepada generasi baru,” jelas cucu kepada arwah, Ruzimah Abdul Rahman kepada Bernama.

Kredit: Bernama

Seorang pelajar UTP pula mendedahkan perasaan terujanya terhadap tradisi unik terbabit. “Saya terperanjat melihat bagaimana orang kampung mengangkat rumah itu dan meletakkannya pada bahu. Mengalihkan benda yang berat ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kekuatan dan tenaga. Walau bagaimanapun, saya sangat berbangga menyaksikan kerja keras dan semangat berpasukan bagi mengalihkan rumah itu ke lokasi baru,” akhirinya.

Tonton bagaimana mereka memindahkan rumah kayu tersebut dalam video di bawah:

Sumber: Bernama

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds