Sebuah rakaman menunjukkan seekor ikan keli hitam gulper yang diletakkan di sebuah akuarium bersama-sama dengan dua ekor spesies ikan yang lain, telah mengejutkan penonton dengan kerakusannya melahap seekor ikan koi yang sama saiz dengan badannya.

Klip video yang telah menular di serata laman internet dengan durasi selama 50 saat, menunjukkan pemangsa hitam yang berenang di akuarium dengan koi yang sama saiznya dan juga ikan yang lebih kecil berpaut ke sisi tangki akuarium.

Tanpa sebarang amaran dan petanda, ikan keli itu secara tiba-tiba memusingkan badannya terhadap ikan koi, dan hampir separuh badan ikan koi itu berada dalam keadaan separuh dimasukkan ke dalam mulutnya.

Mengambil masa beberapa saat, ikan keli itu berjaya menelan keseluruhan ikan koi tersebut. Kelihatan ikan yang lebih kecil itu nampaknya membawa dirinya ke tepi tangki akuarium kerana bimbang menjadi mangsa ikan keli seterusnya.

Sementara itu, kelihatan perut ikan keli itu kini membesar akibat baru sahaja melahap seekor ikan bersaiz sama dengannya sehinggakan ia mengalami masalah untuk berenang.

Ikuti rakaman yang ditunjukkan ini:

Sumber: Facebook | Daily Mail

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds