Sejarah telah menunjukkan bahawa manusia telah menyebabkan kepupusan pelbagai jenis spesies haiwan.

Burung seberat 225kg, merupakan burung megafauna Australia bersaiz sehingga dua meter dan tidak mampu terbang, Genyornis newtoni, telah dijadikan sumber makanan sehingga ia pupus pada 50,000 tahun dahulu. “Kami menganggap ini adalah bukti pertama dan satu-satunya yang selamat bahawa manusia secara langsung memupuskan haiwan megafauna Australia ini,” kata Gifford Miller, pengarah bersekutu Institut Arktik CU-Boulder dan Penyelidikan Alpen. “Kami telah menyelidik telur-telur Genyornis ini secara teliti yang ditemui lebih daripada 200 tapak di seluruh benua.”

Majoriti habitat haiwan megafauna Australia, termasuk wombat seberat dua tan dan 500kg kanggaru juga dilanda kepupusan sejurus selepas kedatangan manusia.

Kita semua tahu tentang burung dodo, burung yang bukan dilahirkan untuk terbang  tanpa pemangsa semula jadi yang ditemui di pulau Mauritius pada tahun 1507 dan telah pupus sejak tahun 1681. Pelaut dan anak kapal memburu haiwan ini untuk daging atau terbunuh mereka secara tidak sengaja, dan tikus juga memakan telur mereka.

Lembu laut Steller yang ditemui di Lautan Bering pada tahun 1741 dan pupus pada tahun 1768. Mereka adalah makhluk laut yang sangat besar, jinak, dan merupakan haiwan yang tidak pandai menyelam telah menjadi mangsa pemburu.

Merpati Penumpang dengan kadar populasi sehingga mencecah berbilion-bilion di Amerika Utara, Setiap kali mereka berhijrah, mereka akan menggelapkan langit selama beberapa hari. Tetapi selepas kedatangan peneroka Eropah, burung-burung itu telah pupus sepenuhnya pada awal tahun 1900-an.

Adakah kita belajar dari kesilapan kita? Pernahkah menghulurkan kempen kesedaran dapat membantu mencegah manusia makan spesies terancam?

Mengikut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Senarai Merah Alam spesies terancam, 1,414 spesies ikan atau 5 peratus spesies yang diketahui di dunia, berisiko untuk dilanda kepupusan. Satu kajian mengenai bushmeat  telah menunjukkan bahawa 301 mamalia berisiko menjadi mangsa pemburuan. Ini termasuk 168 primata, 73 binatang berkuku, 27 kelawar dan 12 karnivor. Terdapat juga 21 tikus dan 26 marsupial dalam senarai.

China telah menjadi pengeluar terbesar dunia sebagai penghidang makanan eksotik yang tidak dapat ditandingi. Burung spesies yellow-breast-bunting juga diancam kepupusan disebabkan pengunjung dan penduduk di selatan China enggan berhenti menikmati isinya yang enak walaupun mereka diberikan amaran untuk dikenakan denda.

Penduduk tempatan percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya seksual dan menyahtoksik tubuh mereka. Burung spesies ini telah disenaraikan antara yang terancam, tetapi ini tidak membantu apa-apa untuk menghentikan angka bilangan burung yang diburu akan jatuh secara drastik.

Berikut adalah empat spesies lain yang menghadapi kepupusan akibat menjadi mangsa hidangan.

1. Tenggiling

Tenggiling merupakan mamalia pada waktu malam yang memakan semut dan anai-anai. Mereka adalah satu-satunya mamalia dengan sisik keratin dan mereka boleh memancarkan bahan kimia yang berbahaya yang serupa dengan skunk. Semua lapan spesies tenggiling diancam dengan kepupusan. Empat spesies yang berisiko untuk terancam, dua yang terancam dan dua lagi spesies yang terancam dalam kadar kritikal.

Di Afrika, mereka diburu untuk dijadikan makanan dan ubat tradisional. Malangnya, mereka juga merupakan makanan istimewa di selatan China dan Vietnam. Terdapat kepercayaan yang tidak berasas di Asia Timur bahawa sisik tenggiling dapat merangsang laktasi, menyembuhkan kanser dan asma.

Dipercayai bahawa lebih daripada satu juta ekor tenggiling telah didagangkan secara haram pada tahun lalu, menjadikannya antara haiwan yang paling banyak diperdagangkan di dunia.

Semua spesies tenggiling dilindungi dan terdapat pengharaman antarabangsa terhadap aktiviti perdagangan. Sayangnya, hanya menaikkan harganya, perdagangan haram yang berterusan membawa kepada kemusnahan jumlah mereka.

 2. Bluefin Tuna

Berkembang sebagai pemangsa sempurna, bluefin adalah salah satu ikan terpantas di lautan dan boleh mencapai kelajuan lebih dari 60 kilometer sejam semasa memburu. Bluefin Atlantik membesar sehingga 4.6 meter dengan berat mencecah 680kg. Spesies Bluefin dikatakan dalam spesies yang terancam. Peningkatan permintaan untuk dijadikan hidangan sushi dan sashimi telah mengakibatkan penangkapan berlebihan yang berleluasa.

Sungguhpun ikan ini telah diternak untuk mengurangkan tekanan akibat status sebagai salah satu spesies terancam, tetapi ikan tuna ini membesar dengan perlahan. Saiz ikan tuna besar menjadi taruhan harga yang tinggi di Jepun. Disebabkan habitat ikan tuna ini telah berhijrah ke lautan tengah tanpa dilindungi oleh undang-undang zon ekonomi eksklusif dan kuota memancing. Mereka tetap menjadi mangsa penangkapan.

3. Salamander Gergasi Cina

Ia membesar hampir dua meter dan berat mencecah sehingga 50kg, merupakan amfibia terbesar di planet ini. Ia dianggap sebagai makanan istimewa di China dan digunakan dalam perubatan Cina tradisional. Spesies purba ini dapat dilihat dalam rekod fosil lebih daripada 170 juta tahun dahulu, menjadikan ia amat terancam.

Populasi salamander ini telah menurun sebanyak 80 peratus sejak lebih tiga generasi.

Ia banyak diternak di China, pada 2011 dilaporkan 2.6 juta salamander diternak di wilayah Shaanxi sahaja, berbanding dengan populasi liar jika dikira untuk seluruh negara sebanyak 50,000 ekor. Tetapi penternakan juga membawa masalahnya sendiri, termasuk penyebaran virus kepada populasi liar dan pencemaran sungai.

4. Sturgeon

Rekod fosil mereka bermula pada 200 juta tahun pada era Triassic. Semasa kewujudan mereka di muka bumi, mereka telah terselamat daripada dua tiga peristiwa besar yang menghapuskan banyak kehidupan pada planet ini.

Kebanyakan spesies sturgeon berada dalam spesies terancam pada hari ini. Sturgeon Beluga telah ditangkap secara berlebihan akibat ingin mendapatkan telurnya, yang dianggap sebagai makanan istimewa dalam harga yang sangat tinggi.

Kemunculan China sebagai pengguna kaya boleh menjadi permulaan akhir bagi spesies sturgeon. Laporan oleh Persatuan Sturgeon China bahawa China akan menggunakan 100 tan telur setiap tahun menjelang 2020, menyumbang satu pertiga daripada jumlah keseluruhan dunia. China juga menghasilkan satu pertiga daripada kesemua telur sturgeon di dunia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular

Ad will display in 09 seconds