Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dari Korea Selatan baru-baru ini mencuri kereta ibunya dan memandu sejauh tujuh kilometer sebelum memutuskan untuk pulang ke rumah. Dia melanggar beberapa kereta semasa cuba untuk meletakkan kereta! Insiden ini berlaku di Daejeon pada pukul 9 pagi pada 11 Julai.

Pada hari kejadian, seorang ibu mendapati anaknya hilang dan kunci keretanya turut hilang yang menyebabkannya bertindak membuat laporan polis dengan segera. Malangnya, ia agak terlambat apabila anak lelakinya dengan senang hati memandu keretanya kira-kira tujuh kilometer jauhnya dari rumahnya.

Apabila kanak-kanak itu mempunyai sudah puas bersia-siar dengan memandu kereta ibunya itu, dia memutuskan untuk pulang ke rumah tetapi tidak mudah baginya untuk memandu di tempat letak kereta bertingkat. Oleh kerana dia terlalu pendek, budak itu tidak dapat mencapai pedal brek yang menyebabkan dia kehilangan kawalan dan seterusnya melanggar beberapa kenderaan lain.

Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu bergegas untuk membantu budak lelaki itu tetapi dia tidak berjaya untuk menghentikan kereta itu. Budak lelaki itu bertindak mengundurkan kereta dan terus memandu sehingga merempuh sepuluh buah kenderaan lain dalam kejadian itu. Keseluruhan insiden itu dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV di premis itu.

Budak lelaki itu berjaya ditahan tetapi terima kasih kepada undang-undang Korea Selatan, budak lelaki itu terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang. Malangnya, ibu bapanya kemungkinan besar akan didakwa.  Polis kemudiannya mendedahkan bahawa budak lelaki itu telah mempelajari kemahiran memandu asas melalui permainan video dan internet.

Selepas mengambil ‘kursus dalam talian’, dia mengambil keputusan untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan memandu kereta ibunya. Ibunya kini sibuk berunding dengan pemilik kereta yang dilanggar untuk membayar ganti rugi.

Tonton video kejadian itu di bawah:


Sumber: Oriental Daily

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds